Isnin, 28 September 2015

Cara Jimat untuk ke Gunung Fuji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, saat aku menulis entry ni, aku dah selamat tiba di Miri. Sebelum nak masuk ke sekolah, masa yang ada aku gunakan untuk update blog dan nak kongsikan dengan korang Trip aku ke Gunung Fuji baru-baru ini. Trip kali ni banyak benda yang tak disangka berlaku.

Antaranya AirAsia dan ubah tarikh dan laluan Trip. Asalnya kami beli tiket Kuala Lumpur ke Narita, tapi AA dah ubah ke Kuala Lumpur ke Haneda dan tarikh pun diorang ubah. Akhirnya kami buat keputusan untuk pilih laluan berikut Kuala Lumpur-Don Meuang-Narita untuk pergi dan balik. Tempoh hampir 16 jam transit di Bangkok kami gunakan sebaik mungkin untuk merayau di Ibu Kota Thailand sebelum berangkat ke Narita.

Untuk perjalanan daripada Don Meuang ke Narita airport aku upgrade tempat duduk ke Quite Zone, sebabnya aku jenis susah tidur, alhamdulillah aku beli seat 9A satu baris tu kosong, boleh la tidur melunjur kaki. Rehat kena cukup sebabnya sebaik sahaja tiba di Narita Airport kami akan meneruskan perjalanan ke Kawaguchiko, Ringkasan perjalanan kami adalah seperti berikut daripada Narita Airport kami menaiki keretapi Access Narita ke Nippori , kemudiannya daripada Nippori Station kami menaiki JR Train ke Shinjuku Station dan daripada Shinjuku Station kami ke Kawaguchiko dengan menaiki Bas.

Upgrade ke Quiet Zone seat 9A kebetulan 9B dengan 9C kosong!

Gunung Fuji daripada kapal terbang, Subhanallah! Tak sabar nak tengok Gunung Fuji di depan mata.

Perjalanan daripada Narita Airport Terminal 2

Daripada airport ini ada pelbagai jenis train iaitu Access Express (train yang kami gunakan) dan Skyliner. Kedua-dua train ini menghubungkan Airport Narita ke Stesen Nippori dan Ueno, bezanya ialah dari segi harga dan masa perjalanan.

ACCESS EXPRESS - JPY 1,030 - Kira-kira 60 minit perjalanan ke Nippori
SKYLINER              - JPY 2,470 - Kira-kira 30 minit perjalanan ke Nippori

SKYLINER TRAIN lebih cepat berbanding Access Express sebab tak banyak stesen dia berhenti. 

Menunggu train Access Express ke Nippori. Train di Jepun bertolak tepat pada waktunya.

Tiket Access Express Narita dengan harga JYP 1,030 sehala

Perjalanan daripada Nippori ke Shinjuku  Expressway BusStation.

Seterusnya kami perlu ke Shinjuku Station untuk menaiki Keio Highway Bus, kerana Terminal Bas terletak berhampiran Shinjuku Station. Daripada Stesen Nippori untuk ke Shinjuku Staion kami menggunakan train JR di JR Yamanote Line untuk ke Shinjuku Station.

Nippori ke Shinjuku Station (JR Yamanote Line) - JPY 200 (Sehala)

Peta untuk ke Shinjuku Expressway Bus Station daripada Shinjuku JR Station

Perjalanan daripada Shinjuku Expressway Bus Terminal ke Kawaguchiko.

Setelah tiba di Shinjuku Station, kami bergerak keluar ke Shinjuku Expressway Bus Terminal yang terletak di seberang jalan Shinjuku Station. Tiket bas daripada Shinjuku Expressway Bus Terminal ke Kawaguchiko berharga JPY 1,750 untuk perjalanan sehala dan mengambil masa hampir 2 jam untuk ke Stesen Bas Kawaguchiko.

 Stesen Bas Kawaguchiko

Suhu pada waktu ini kira-kira 18 darjah selsius

TIPS
1. Korang boleh dapatkan harga diskaun bagi tiket SKYLINER daripada JPY 2,470 ke JPY2,200 sahaja jika korang buat pembelian tiket dengan AirAsia sebelum mendarat di Narita Airport.

Beli tiket SKYLINER denganAirasia untuk rebate sebanyak JPY270

2. Bagi tiket bus daripada Shinjuku ke Kawaguchiko disarankan korang booking awal untuk memudahkan perjalanan, takut kalau nak beli on the spot, kemungkinan tiket habis sebab ramai pelancong yang ingin ke Kawaguchiko. 

Tempahan boleh dibuat di  Laman Web Higway-Buses.jp bermula sebulan daripada tarkih korang nak berlepas. Tiada bayaran dikenankan untuk tempahan. Tiket bas korang akan dapat sebaik pembayaran dibuat di mesin tiket Shinjuku Expressway Bus Station.

Tiket Bas yang diperolehi melalui tempahan atas talian. Korang perlu print dan bawa semasa ke Shinjuku Expressway Bus Station. Kemudian korang perlu dapatkan tiket macam gambar kat bawah melalui 2 cara :

1. Melalui kaunter, korang perlu tunjukkan tiket bas yang diperolehi semasa membuat tempahan online.

atau

2. Melalui Mesin, korang cuma masukkan nombor telefon yang digunakan semasa membuat tempahan tiket, bayar dengan mesin dan tiket bas akan dicetak.

Tiket Bas yang diperolehi selepas pembayaran dibuat di Shinjuku Expressway Bus Station

Sepanjang Perjalanan ke Kawaguchiko (Gunung Fuji)

Fuh, penat tu memang penat, agak berbaloi sebab ambik Quite Zone, boleh la rehat dengan tenang, dapat pulak satu row yang tak de orang. Masuk je dalam bas, aku pun lelapkan mata, tapi sebelum tu sempat aku menikmati perjalanan kira-kira 134 km daripada kota Metropolitan Tokyo.

Dari laju, bas mula bergerak perlahan, daripada satu terowong ke satu terowong, dari pemandangan dikelilingin bangunan-bangunan pencakar langit mula berubah dan mula dihiasi dengan pemandangan hijau yang mendamaikan. Perjalanan daripada Shinjuku ke Kawaguchiko mengingatkan aku semasa memandu daripada Penang ke Ipoh terutamanya melalui kawasan berbukit dan melalui terowong Menora.

Jam menunjukkan pukul 4.30 petang, papan tanda ke Kawaguchiko mula kelihatan. Dari jendela bas, aku dapat melihat salah satu tempat peranginan terkenal di Fuji iaitu Fuji-Q-Highland. Dari dalam bas, aku dapat melihat keindahan Tasik Kawaguchiko yang merupakan salah satu daripada 5 tasik yang terletak di Gunung Fuji.

Alhamdulillah kami selamat tiba di Stesen Bas Kawaguchiko, sebaik sahaja melangkah turun daripada bas, angin dingin bertiup menyambut kedatangan kami. Ia menandakan sudah masuk musim luruh. Pada ketika itu, pokok-pokok Maple ada yang masih hijau dan ada yang sudah bertukar warna merah kemerahan.

Kos Perjalanan  ke Kawaguchiko

Untuk makluman korang, tiada train atau bas direct dengan cara jimat untuk korang ke Kawaguchiko. Selain daripada korang naik bas, korang boleh naik train untuk ke Kawaguchiko. Aku pilih untuk naik bas sebab memudahkan perjalanan tanpa perlu naik turun tukar train.

JUMLAH KOS KE KAWAGUCHIKO

Narita Terminal 2 - Nippori [Narita Access Express Train] = JPY 1,030 (60 minit)
Nippori - Shinjuku (JR) [JR Yamanote Line] = JPY 200 (22 minit)
Shinjuku Expressway Bus Station - Kawaguchiko (Keio Highway Bus) = JPY 1750 (2 jam)

JUMLAH = JPY 2980 dengan jumlah perjalanan kira-kira 3 jam 22 minit

LAMAN WEB RUJUKAN :

1. Tempahan tiket Highway Bus ke Kawaguchiko : Highwaybus.com
2. Jadual waktu dan harga bagi keretapi di Jepun : Hyperadia.com
3. Keisei Electric Railway untuk ke Tokyo (Train Sahaja) : keisei.co.jp

8 ulasan:

  1. Best! Sayangnya pergi Japan haritu tapi tak sempat nak ke Mt Fuji. InsyaAllah next trip!

    BalasPadam
  2. Salam.. naik bas mmg lbh murah ke kawaguchiko. Knp prefer turun di narita? Haneda lbh dekat kn? Saya hr tu x sempat nmpk fuji... fuji malu2 nyorok diri...huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, kenapa prefer turun di narita berbanding narita?
      1. Harga tiket yang saya dapat jika turun di narita lebih murah
      2. Waktu percutian saya terikat dengan cuti sekolah, nak tak nak kena pilih narita, sebab waktu tiba di narita lebih padan dengan cuti saya....

      Padam
  3. Subhanallah, Mount Fuji tetap nampak cantik even dari kapal terbang ya.

    BalasPadam
  4. salam, blh cerita sikit cara jimat nk pusing2 sekitar fuji?

    BalasPadam
  5. Salam, bagimana kalau nak pergi dari Kawaguchiko station ke Mount Fuji ye?

    BalasPadam
  6. Salam.. hai safuan..
    knp sya nk book dalam smgu tak lepas?
    padahal sistem dh boleh book..

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...