Selasa, 16 Ogos 2011

Hobi Aku : Mengintai ....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



       Pada malam yang penuh berbahagia ini marilah kita mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t...Ok-ok, dah... ucapan tamat. :) Baiklah pada malam ini aku akan ceritakan sedikit mengenai hobi yang aku sangat suka, iaitu mengintai... Apa yang aku intai sangat cantik, aku suka mengintai keindahan langit, atau bahasa yang lebih saintifik, hobi aku ialah "Astronomi" dan orang seperti aku digelar sebagai ahli Astronomi amatur. Ahli astronomi amatur lebih kepada pencerapan ( tengok bintang guna teleskop / ambil gambar ) dan aku bukanlah orang yang memerah keringat memikirkan soal "berapa luas alam ini?" huh...

     Hobi mengintai langit aku mula minat seawal darjah 6. Benda pertama yang aku belajar untuk mengenal pasti planet-planet di langit. Lepas 5 tahun, aku baru mampu beli teleskop, tu pun beli kat Giant Hypermarket, huhuhu. Kawan-kawan nak tahu, walaupun dengan teleskop mainan aku dapat tengok planet Zuhal ( yang ada gelang tuh), betapa berbunganya perasaaan aku waktu tu.
Ini dia teleskop yang real. Aku pasangkan enjin untuk buat auto-tracking.

    Hobi aku tak berhenti setakat tu saja, aku berazam untuk memiliki sebuah teleskop. Alhamdulillah tercapai hasrat, aku beli teleskop pantulan Newton, dan pencerapan pertama aku planet Zuhal iaitu pada 8 Disember 2007 di subuh hari. Aku meneruskan azam aku ke tahap yang lebih best, alhamdulillah aku beli kamera SLR sebijik.



Dan pelbagai pencapaian yang aku dah capai. Apa-apa pun hobi astronomi ni memerlukan kesabaran yang sangat tinggi, sangat-sangat, sanggup anda tak tidur malam untuk ambil gambar objek-objek di angkasa? Namun "mengintai" dengan cara macam ni, aku dapat kepuasan.

Pencapaian Aku

Walaupun aku tak sehebat ahli amatur yang lain tapi, setiap kali aku dapat ambil gambar, aku dapat rasa satu kepuasan yang aku beli dengan kesabaran, cewah...! Jom tengok

Gambar Pertama Planet yang aku ambil. Gambar Planet Zuhal, waktu tu belum ada kamera DSLR, guna compact camera, susah sikit.

Gambar Pertama Planet Zuhrah. Ala... kalau pagi-pagi, nampak dia terang sangat kat langit timur.

Gambar pertama dan terbaik yang aku ambil guna DSLR. Lokasi dekat kampung, betul-betul kat sawah padi 

Gambar anak bulan, usia muda. Kalau usia muda dia sangat nipis, dan susah nak ambil gambar. Ini yang aku berjaya untuk kali pertama, lepas tu gagal dan gagal. Nanti aku nak cuba lagi! 

Gambar Pertama Bulan dalam Gerhana. 

Ok, mesti kawan-kawan hairan. Ini gambar Star Trail, bintang di langit tu bergerak, jadi aku ambil gambar dalam 4 jam, kemudian aku stack semua gambar tu ( dalam 1000 keping )  dan inilah hasilnya. Lokasi UK dan suhu waktu aku ambil gambar ni, serendah 0 darjah selsius, menggigil kesejukan, dan kamera cerap merewap, ini dia cabaran!

Ini gambar Matahari yang pertama aku tangkap. Tapi awas, kalau salah teknik, boleh buta. Aku guna penapis khas untuk ambil gambar ni. Kalau kawan-kawan klik, boleh nampak kawasan paling sejuk di matahari 
( bintik-bintik hitam)

Ok, kawan-kawan, setakat itu la kot, kalau nak explore lagi baca artikel kat bahagian astronomi. Jumpa lagi tau :)

 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

10 ulasan:

  1. bestnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    BalasPadam
  2. kalau ada kelab astronomi yang dekat2, boleh la join... apa2 pun sy dh cakap, kena banyak sabar... heheheh...

    BalasPadam
  3. masa dekat matrik involve dengan astronomi club. penah intai matahari ngan bulan pakai mende nih. tapi xyg matahari je nampak..yg bulan xnampak ape.-.-"



    http://shahimarzone.blogspot.com/2011/08/gadis-berkaca-mata.html

    BalasPadam
  4. ic2... Kalau guna teleskop banyak yang dapat tengok, tapi semua bergantung pada keadaan la... matrik mana dlu?

    BalasPadam
  5. hat matahari tu lawa..sukaa gila

    BalasPadam
  6. cantik!! best nyer ada teleskop sediri..huwaaa

    BalasPadam
  7. Hadablogspotlive : teleskop susah nak jaga, macam jaga hemster... haha...

    athirah mddesa : lawa2, kalau warna asal, putih...

    BalasPadam
  8. tunjuk kat aku yg warnaa putih

    BalasPadam
  9. Bestnya. Kali terakhir saya suka astronomi masa usia 10 tahun. Tiba2 je minggu lepas terpandang close up Zuhal, MashaAllah sangat cantik. Lantas saya terus jatuh hati semula dengan dunia astronomi.

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...