Selasa, 25 September 2012

Projek Homebrew Interface TIPS


 Projek pertama selepas saya memperolehi lesen ialah interface. "Interface" atau dalam Bahasa Melayu yang bermaksud "antaramuka" saya kenal semasa ke rumah 9W2BZI untuk buat power supply untuk rig. Bidang utama saya bukanlah dalam elektronik, saya guru lesen L, hehe. Kalau nak terang lebih lanjut itu luar kemampuan saya. Apa yang saya kongsikan di sini adalah perkongsian dari rakan-rakan ham melalui Facebook dan eyeball. Mudah-mudahan bermanfaat.


Interface berfungsi menghubungkan rig dengan komputer/laptop, melalui interface ini jugak pengendali radio amatur boleh :
1. menghantar imej (SSTV)
2. menerima dan mengekod isyarat daripada satelit kaji cuaca NOAA
3. menggunakan APRS
4. Berhubung dengan operator radio seluruh dunia.

   Sebelum memulakan projek homebrew ini, saya ambil masa jugak untuk fahamkan circuit diagram, diagram ini saya peroleh daripada 9W2BZI. Projek interface saya ini khas untuk mobile rig model Kenwood TM271-a

RESEPI INTERFACE PERTAMA
Ini diagram untuk interface yang pertama saya buat

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

1. Soldering board
2. Jump wire
3. 5 x 10uF, 25v Kapasitor
4. 2 x Diod 1N4148
5. 2 x 10KΩ Perintang Boleh Laras
6. 1 x 22KΩ Perintang
7. 1 x 1K2Ω ( 1K2Ω dibaca sebagai 1.2KΩ)
8. 1 x 2SC1815 Transistor
9. Suis 3 Kaki (ON - OFF - ON)
10. 2 x Jack Stereo Male
11. 2 x Jack Mono Male
12. Audio Cable
13. 4 Core Phone cable
14. Network Cable (Biru) kepala RJ-45
15. DB9 FEMALE Socket + Cover


Inilah hasil interface saya dari resepi yang pertama

RESEPI INTERFACE KEDUA
Diagram Circuit yang saya gunakan untuk projek interface yang kedua. Credit to JF7ELG

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

1. Soldering board
2. Jump wire
3. 2 x 5KΩ Perintang Boleh Laras
4. 2 x 10KΩ Perintang
5. 2 x 4K7Ω (4.7KΩ)
6. 1 x 2.2KΩ Perintang
7. 1 x 2SC1815 Transistor
8. 2 x Jack Stereo Male
9. Audio Cable
10. 4 Core Phone cable
11. Network Cable (Biru) kepala RJ-45
12. DB9 FEMALE Socket + Cover
13. L.E.D (warna apa2 pun boleh)


Inilah hasil untuk projek interface yang kedua. Lampu L.E.D tak menyala, tapi interface ini berfungsi dengan baik.

REVIEW UNTUK PROJEK INTERFACE

1. Interface YANG KEDUA lebih senang dibuat dan kos lebih murah.
2. Dari segi audio, interface yang kedua juga lebih baik (mungkin sebab resistor yang saya gunakan mempengaruhi audio, hmm... andaian saja...)

TIPS PENTING UNTUK PROSES PEMBUATAN INTERFACE

   Tips yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman yang saya perolehi semasa membuat interface tersebut, saya tidak ada sebarang pengetahuan mendalam dalam elektronik, melainkan kemahiran asas membaca diagram dan teknik mematri.

 a) KOMPONEN ELEKTRONIK

1. Pastikan kutub komponen elektronik dipasang pada board dengan betul. Diod ( + / - ).
Kutub untuk Diod

2. Pastikan kedudukan kaki untuk Transistor NPN, yang mana satu B (Base) , E (Emitter) dan C (Collector) dipasang dengan betul.
Kedudukan E,C,B pada transistor, PASTIKAN dipasang pada papan litar dengan betul

3. Selain itu, L.E.D juga berkutub, KECUALI Perintang, berikut adalah kutub untuk L.E.D

Simbol L.E.D dan Rajah L.E.D sebenar



4. Untuk Kapasitor, 10µF ambil 25v untuk voltage. Kalau taukeh kedai tak tanya dia akan bagi 10µF, 50v. Boleh jugak guna, tapi mahal la berbanding 10µF, 25v.

5. Jika anda lihat pada diagram litar pertama dan kedua, disebelah kanan ada tertulis ( MIC IN, PTT, GND) itu adalah sambungan daripada Network kabel kepada litar. Anda memerlukan Manual Book, untuk jenis mobile rig yang anda miliki. Saya menggunakan mobile rig jenis Kenwood TM271-a dan untuk sambungan tersebut ( MIC IN, PTT, GND) anda perlu cari halaman yang mempunyai rajah seperti berikut :

Saya bandingkan dengan kabel mikrophone dan network cable

Warna Pinout Network Cable

#8 = Putih oren


#7 = Oren

#6 = Putih Hijau = MIC (Microphone)


#5 = Biru


#4 = Putih biru = PTT


#3 = Hijau = GND (Ground)


#2 = Putih Coklat


#1 = Coklat



6. Soket DB9 FEMALE pada interface memerlukan alat yang dipanggil (USB to SERIAL CONVERTER) yang boleh diperolehi di kedai-kedai elektronik atau kedai Komputer. 
USB to Serial CONVERTER

b) TEKNIK MEMATRI

1. Pastikan Soldering iron berada dalam keadaan yang baik. Ada rakan yang menyarakan saya menggunakan soldering iron jenama Hakko Presto.

2. Mata Solder tu jangan berkarat, dan tip (hujung solder) boleh memanaskan timah dengan pantas.

3. Untuk solder wayar pada jack mono/stereo, memang susah nak lekat. Gunakan "Soldering Paste" insyaAllah senang.

4. Kalau rajin tonton video tersebut, pakej lengkap belajar solder dengan percuma dari konsep, penjagaan sehinggalah cara solder dengan betul ada diajar dalam video di bawah.


c) Breadboard
 Breadbord/Project Board boleh digunakan untuk prototype projek elektronik sebelum solder di atas board. Saya gunakan Breadbord atas saranan rakan ham, sebab saya kurang yakin nak solder terus atas soldering board. Selain itu kita boleh testing dulu tengok berfungsi atau tidak. Harga bagi sebuah Breadbord bergantung pada saiz, paling kecil RM12.00 dan sebesar-besar saiz mencecah ratusan ringgit.

Contoh Breadbord yang sudah digunakan.

KOS UNTUK PROJEK INTERFACE PERTAMA

1. Soldering board = RM3.50
2. Jump wire =  RMUK*
3. 5 x 10uF, 50v Kapasitor = RM0.25/unit
4. 2 x Diod 1N4148 RMUK*
5. 2 x 10KΩ Perintang Boleh Laras = RM0.55
6. 1 x 22KΩ Perintang = RMUK*
7. 1 x 1K2Ω ( 1K2Ω dibaca sebagai 1.2KΩ) = RMUK*
8. 1 x 2SC1815 Transistor = RM0.25
9. Suis 3 Kaki (ON - OFF - ON) RMUK*
10. 2 x Jack Stereo Male = RM3.00/unit
11. 2 x Jack Mono Male = RM2.20/unit
12. Audio Cable = RM2.50/meter
13. 4 Core Phone cable = RM3.50/meter 
14. Network Cable (Biru) kepala RJ-45 = RM10.00
15. DB9 FEMALE Socket + Cover = RM3.30


KOS UNTUK PROJEK INTERFACE KEDUA

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

1. Soldering board = RM3.50
2. 2 x 5KΩ Perintang Boleh Laras = RM0.25/unit
3. 2 x 10KΩ Perintang = RM0.05/unit
4. 2 x 4K7Ω (4.7KΩ) = RM0.05/unit
5. 1 x 2.2KΩ Perintang = RM0.05/unit
6. 1 x 2SC1815 Transistor = RM0.25/unit 
7. 2 x Jack Stereo Male = RM2.20/unit
8. Audio Cable = RM2.50/meter
9. Computer Cable 4 Core= RM3.50/meter
10. Network Cable (Biru) kepala RJ-45 = RM10.00
11. DB9 FEMALE Socket + Cover = RM2.30
12. L.E.D (warna apa2 pun boleh) = RM0.20/unit


   Akhir kata daripada saya, kalau kurang yakin untuk solder atau sekadar untuk buat prototype boleh gunakan "Bread Board" kalau di Malaysia kebiasaannya dipanggil "Project Board". Seterusnya tanya kawan-kawan nak bagi yakin sikit, selepas tu cuba buat dan jangan lupa sambungan tu amat penting, terutamanya komponen elektronik yang berkutub. Apa yang saya sampaikan kebanyakkannya dari rakan-rakan ham yang membantu saya dan saya dokumentasikan untuk kemudahan pembaca. Mungkin ada kesilapan dan anda boleh tegur kesilapan jika ada. SELAMAT MENCUBA.



Muhammad Saffuan Bin Jaffar
(9W2SFJ)
25/9/2012 12:06am

Jumaat, 21 September 2012

Eksperimen SSTV (Slow Scan TV)

      Setelah berjaya menyiapkan interface, saya cuba untuk menjalankan eksperimen iaitu menghantar gambar menggunakan gelombang radio. Peralatan yang diperlukan ialah komputer, radio tranceiver, interface dan perisian (MMSSTV). 

    Sebelum membuat penghantaran lebih jauh, saya cuba-cuba dulu dengan menghantar imej di stesen sendiri, daripada komputer tukar kepada gelombang bunyi dan ia diterima dari handy yang lain yang saya ada, kemudian saya rakam bunyi tersebut, dan kemudiannya dari rakaman tersebut saya tx melalui handy. Kemudian software MMSSTV akan decode bunyi tersebui menjadi gambar.

Imej pertama yang saya decode

Imej kedua

Imej ketiga

    Kemudian saya dengan bantuan 9W2AXV base station di Seberang Perai kami menjalankan uji kaji memancar pada jarak jauh. Saya menghantar gambar (gambar pertama) kepada 9W2AXV dengan pancaran kuasa 25 watt menggunakan mobile rig Kenwood TM271-a dan dibantu oleh homebrew interface.

Hasil gambar yang diterima di Base Station 9W2AXV, Seberang Jaya dikirim melalui FB

Hasil gambar yang diterima di Base Station saya 9W2SFJ, Sungai Nibong




 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
21/9/2012

Isnin, 10 September 2012

Sticker Callsign


Ini design sticker callsign untuk kereta saiz agak besar 8" x 4"

Yang ni design yang agak unik sikit, ala-ala logo radio amatur. Idea dari internet tapi ubah sikit letak warna kuning. Untuk potongan lebih elok amik saiz 4" x 2" saiz 8" x 4" terlalu besar.

Untuk merealisasikannya boleh la ke kedai Sticker kereta. Kedai sticker ni di Bayan Baru.

Material yang digunakan stiker reflect
Testing2. Sticker kuning ada dua saiz yang dibuat, yang besar tampal di kereta pada bahagian depan.

Sticker kecik tampal kat helmet (Helmet ni dah hilang kena curi)

Agak besar tapi masih lagi ok.

73's

Muhammad Saffuan Bin Jaffar
9W2SFJ, Penang

Ahad, 9 September 2012

Proses Mendapatkan Lesen Radio Amatur

   Untuk mendapatkan lesen Radio Amatur bukanlah perkara yang mudah, namun dengan minat yang bersungguh segala rintangan pun kita redah. Saya bukanlah seseorang yang lama dalam dunia radio amatur tetapi sedikit pengalaman bolehlah saya kongsikan dengan rakan-rakan yang baru hendak menceburi hobi ini.

1. Baca maklumat berkaitan Radio Amatur. Lebih menarik lagi cari di youtube pasal radio amatur nih.

2. Berjumpa dengan rakan-rakan ham yang sudah lama berkecimpung dalam radio amatur. Pada mulanya saya agak malu atau agak kekok untuk berjumpa dengan rakan-rakan ham. Buang perasaan itu kerana mereka sedia membantu anda.

3. Ikut aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan. Ini bukanlah satu kemestian, tetapi dengan cara ini kita boleh kenal dengan lebih ramai lagi rakan ham, kenalkan diri anda.

4. Ikuti kelas Peperiksaan Radio Amatur, semasa sesi kelas anda berpeluang mendapatkan tips-tips peperiksaan. Selain itu bahan-bahan bacaan dan soalan untuk latihan boleh diperolehi dari internet. Rajin-rajin la buat soalan, InsyaAllah boleh lulus.

Langkah-langkah untuk mendapatkan Lesen Radio Amatur.

1. Daftar Peperiksaan RAE yang dijalankan setahun 2 kali mengikut tempat
Maklumat Lanjut : http://www.skmm.gov.my/

2. Hadirkan diri ke kelas

3. Tunggu surat daripada SKMM untuk menduduki peperiksaan (kebiasaannya surat sampai seminggu sebelum tarikh peperiksaan)



4. Menduduki peperiksaan dan LULUS (Keputusan tidak rasmi keluar dalam 30 hari bekerja, boleh disemak di laman web)

5. Tunggu surat keputusan RASMI kemudian barulah boleh buat lesen (Keputusan Rasmi 1 minggu selepas keputusan online dikeluarkan)



6. Isi borang yang paling penting borang Pesuruhjaya Sumpah dan Borang Pengesahan 9M2


Borang yang memerlukan tandatangan dan cop Pesuruhjaya Sumpah

Borang pengesahan daripada 9M2

7. Pergi ke pejabat SKMM yang berdekatan, Lesen siap dalam masa 3 hari bekerja, PASTIKAN SEMUA KEPERLUAN LENGKAP DIISI.



 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Sabtu, 1 September 2012

Aku & Radio Amatur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

       Tajuk dimulakan dengan "Radio Amatur" sekadar perkongsian dengan pembaca bagaimana penulis mula mengenali Radio Amatur. Mulanya ketika pengajian di KMPP (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang) penulis ternampak kereta pensyarah tertampal sticker callsign "9W2ARM" dan antenna yang panjang. Pelik bagi saya dan saya bertanya kepada pensyarah tersebut iaitu Encik Arman, balasnya ia adalah hobi komunikasi menggunakan radio "Radio Amatur". Namun disebabkan masih lagi belajar saya simpan niat untuk menceburi radio amatur sehinggalah suatu hari saya ke Pusat Pengajian Fizik di USM untuk melihat tesis berkenaan Radio Teleskop pada tahun 2008.

      Profesor Madya Dr. Chong Hon Yew, menceritakan sejenis peralatan yang memerlukan lesen untuk mengendalikannya iaitu "Radio Tranceiver". Saya mula menanam azam untuk memperolehi lesen Radio Amatur, namun saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan hobi ini. Pada masa itu saya bergiat aktif dalam hobi Astronomi serta memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kelab Astronomi KMPP. Disebabkan saya menyambung pengajian saya, lama kelamaan minat saya terhadap Radio Amatur dilupakan sehinggalah suatu hari ketika saya di Nottingham.

     Pada waktu pagi saya sedang menonton video di Youtube berkenaan Morse Code, dengan kemudahan internet dan Facebook saya mencari dan mencari sehinggalah terjumpa Group di FB "Radio Amatur Malaysia" Minat saya kini kembali segar dan saya menghubungi SKMM daripada England untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Memandangkan saya masih di England saya cuba untuk mendapatkan lesen Radio Amatur di sana, namun saya berangkat pulang ke Tanah Air pada penghujung tahun 2010 dan saya terus mencari ham yang dapat membantu.

     Setelah mencari rakan di FB Group Radio Amatur Malaysia, saya berjumpa dengan rakan ham 9W2TNY dan 9W2CRE di Sungai Petani. Maka pertemuan itu telah membawa saya melangkah lebih jauh sehingga saya mendapat lesen secara rasmi pada 29 Ogos 2012 bersamaan 11 Syawal 1433H. Sepanjang tempoh saya masih belajar untuk menduduki peperiksaan radio amatur, ramai rakan-rakan ham yang membantu. Saya juga menghadiri kelas Radio Amatur di Perlis dan berjumpa dengan rakan radio amatur di sana ketika pulang ke kampung di Beseri.

     Di samping itu saya juga ahli ASTRA  dan turut bersama-sama dalam aktiviti yang dianjurkan sama ada Konvoi Amal ataupun kerja-kerja Membaiki repeater di Puncak Bukit Bendera. 2 orang rakan saya di IPG Kampus Pulau Pinang turut meminati Radio Amatur iaitu SWL-Ashraf dan SWL-Hasbullah (Ketika ini permohonan lesen Radio Amatur mereka sedang diproses).

Eyeball di Junjung 

Konvoi Amal ASTRA bersamamu 

Eyeball bersama cikgu Ruzi, Husin Lampoyang, Adha 

 Hari Keluarga ASTRA di R&R Bagan

Konvoi ASTRA Rumah Anak Yatim Sg. Siput

Ashraf, Saffuan, Hasbullah di USM Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal
Peperiksaan Radio Amatur 27 Jun 2012 Siri-1

Mendapatkan tandatangan dari 9M2AMZ di base beliau


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...