Aku cuba lelapkan mata, paling kurang pun biarlah setengah jam, tak boleh jugak. Terus amik tuala mandi dan solat siap-siap. Aku turun kat parking motor, kemas barang dan buat apa yang patut. Lepas ni nak mula bawak motor, jauh nak ke Krabi dan meninggalkan Phuket.
Pagi ni tak sempat nak sarapan, aku sempat beli sebotol redbull, THB10.00 dekat 7E, yang tu je. Mampu aku bertahan, harap-harap tak rebah cium tar jalan la. Hahaha.
Bergambar dekat Check Point Phuket
Syok rupanya jalan kat Thailand nih, tapi tiba-tiba ada sorang brader siam nih, bukan main kau, pulas-pulas minyak. Dia bawak X1R. Cuak jugak aku tengok, nampak gaya macam samseng. Brader siam tu pecut ke depan, then aku nampak macam dia cakap-cakap dengan marshall kami. Apa kes la pulak?
Lepas beberapa minit, kami berhenti isi minyak kat shell. Brader siam tu rupanya yang akan tunjuk jalan kat kami untuk ke Krabi. Dia ni konvoi sorang-sorang tau, mengembara dengan motor pusing satu Thailand dan dia akan ke Malaysia, wah, hebat kau!
Hebat tak hebat Brader Siam nih (Soon nama dia), siap suruh kami isi minyak RON97, manyak cantik, dah la mahai. 1 Liter RON95 dekat-dekat RM3.00. Boleh jatuh bankrup!
*Selepas beberapa ketika, sampai la di Krabi*
Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai di Krabi. Memandangkan pagi tadi aku tak makan, elok je sampai Krabi lepas snap-snap gambar aku singgah ke kedai makan. Wah, banyaknya makanan, ketam goreng, udang goreng, ayam goreng, rasa cam nak beli semua.
" Kau Phad mai mee?" aku tanya kat kakak tu.
" Hang nak makan apa, semua ada...." Tu diaaa sekali dia cakap loghat Kedah piauuu.... Hahahaha, boleh tahan, ku ingatkan kau tak reti cakap Melayu, kalau tak, tak payah nak speaking tadi...
Wah tengok sotong besar! Ok, menu yang aku amik ialah :
1. Ayam goreng ( tengok kat atas tu besar mana)
2. Udang goreng tepung (5 Ekor )
3. Nasi Goreng Seafood
4. Sontam (Kerabu betik)
5. Air Teh Limau setin
6. Air mineral besar sebotol
JUMLAH : THB 120 = RM12.00 Wahh!!! Murahnya kat Malaysia tak dapat nih.. Yang bestnya makanan goreng tu akan dipanaskan semula, so sedap la makan panas-makan. Sontam kat Krabi ni terbaik yang aku pernah makan. Kalau datang sini lagi, aku cari lagi kedai kau kakak oi.
Pantai Krabi yang lapang berbanding Phuket yang sesak dengan manusia-manusia
Subhanallah, besarnya badan aku....
Subhanallah, besarnya badan aku....
Tuk tuk
Soon akan menersukan perjalanan ke tempat lain, so Thank You banyak, sebab tunjuk jalan kat kami.
Soon akan menersukan perjalanan ke tempat lain, so Thank You banyak, sebab tunjuk jalan kat kami.
Bergerak meninggalkan Krabi untuk terus ke Hat Yai.
Berhenti rehat kat Yamaha Square (Unknown Location) Dapat service dan teguk air free. Alhamdulillah
Berhenti rehat kat Yamaha Square (Unknown Location) Dapat service dan teguk air free. Alhamdulillah
Sebenarnya banyak benda terjadi kat kami waktu on the way ke Phuket, kalau nak cerita semua, siap sebuah novel jadinya.
> Aku bawak slow, kena tinggal sorang-sorang kat belakang
> Then aku pecut gila-gila sampai terlajak sorang-sorang di Hat Yai
> Motor konvoi lain habis minyak
> Aku turn balik cari
> Dah sampai town, ada separuh geng konvoi tertinggal
> Cilok-cilok kat Town macam samseng
Kira-kira jam 8.00malam semua selamat sampai di Hat Yai. Walaupun aku dah makan banyak kat Krabi tadi, tapi semua dah burn. Aku lapar, aku lapar. Lepas makan semua balik hotel terus pengsan, tau tau dah subuh.
~Bersambung~
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tolong letak nama, ok??