Ahad, 12 Februari 2012

The Journey to Phuket (Part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Ini kerja gila.... Ini kerja gila yang kau dah buat! Bentak pemuda itu sambil menikam tepat pisau ke atas meja....."

 *Ayat Novel hahaha...

Ya, ni kerja gila yang bakal aku buat.... Aku yang baru lulus lesen motor# akan turut serta dalam konvoi Penang Yamaha Motor Club ke Phuket sejauh 700km dari Sungai Nibong Pulau Pinang. Bermula jam 1.20 pagi ke hentian Sungai Muda, untuk bergerak bersama-sama rakan Konvoi dari Seberang Perai.

#baru lulus lesen motor bukan makna dah lama bawak, aku tak pernah bawak motor sebelum ni, walaupun dah tua. Hangit memang hangit.

Beg siap aku galas, kunci motor siap aku capai. Dengan restu mak, aku akan mengembara ke Phuket! Khap khap khap....







Selepas semua rakan konvoi dari Seberang sampai kira-kira jam 2.00pagi semua geng bergerak ke Hentian Gurun untuk rehat, ambil vest, taklimat ringkas dan isi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Kayu Hitam. Tiba di R&R Gurun kira-kira jam 3.00pagi.

Yeah, dalam gelap gulita aku merentasi higway PLUS dengan kereta kah? Nehi!! Dengan motor kapcai LC135. Dengan berbaki 600km++ aku tak menduga apakah rintangan yang bakal aku hadapi?

BUKIT KAYU HITAM

Nampak ja signboard tu, bermakna aku dah tak jauh dari pintu sempadan, jam baru menunjukkan 4.45 pagi, sampai ja kat satu kawasan ni arggggghhhhh..... KABUS KABUS KABUS, aku dah la pakai spek, memang tak nampak jalan. Sekejap-sekejap aku lap dengan tangan.... Fuh mencabar bagi orang yang bermata empat macam aku.

Alhamdulillah jam 5.00 pagi semua selamat sampai di suatu tempat rehat (tak ingat nama). Di sana ada peserta yang lelapkan mata selepas selesaikan urusan insurans, tukar duit. Lepas solat subuh terus ke Pintu Sempadan Malaysia Thailand, dengan perasaan "exited" disulami rasa takut, tak tahu kenapa.. hehe..

Minyak siap-siap kami isi dalam botol, sebabnya minyak di Thailand mahal, punya la berkira... haha...

Insurans Kenderaan

Isi minyak dulu boh!

Sticker Konvoi

Dan Nok. Perjalanan bermula selepas bersarapan dengan harga yang mahal. 
Destinasi seterusnya Mueang Pattalung.

Hutan getah kiri dan kanan dengan kabus yang tebal menyambut kedatangan kami, cewah. Jalan raya di Thailand juga elok, tambahan lorong motorsikal yang luas, tidak seperti di Malaysia. Pelbagai warna-warni kehidupan sepanjang jalan ke Phuket, tak kurang juga dengan bau-bauan... Hehehe...

Bawak anak belakang trak. Biasa la..

Berehat, Isi minyak (Minyak Por Tor Tor)

Bersama Marco Simoncelli versi Siam

Perjalanan kami dari Pulau Pinang dah menjangkau jauh masuk ke Land of White Elephant. Plan asalnya kami akan bermalam di Krabi, tapi lepas bicang-bincang kami akan terus ke Phuket dan semua peserta konvoi sanggup menempuh perjalanan lagi 200km.

Bagi aku ni betul-betul mencabar ketahanan, kejantanan. Fuh...




Isi minyak "Teh O" minyak ni bagi aku super power. Isi setengah tangki boleh pergi 120km. Tang ni la semua pakat pening, abang Siam pening kami pun pening... orang nak isi minyak "Num Mun" yang Siam duk tunjuk diesel. Takkan motorsikal pakai diesel kot bang oiiii.....

Aku pun cakap "Kau Sip Ha" nah kau, sekali terbit bahasa Thai "RON95" adui... Puat Hua kharp... Puat Hua khrap.... Baru dia nak faham....

Isi minyak Shell, bila la nak sampai. Aku dah letih 

Masing-masing memulas throttle, sekali kalau berhenti di trafik light berpeluh-peluh, basah lencun ketiak, mana taknya kalau dah pakai ride jacket memang meruap dibuatnya.

Kami melalui sebuah pekan kecil, Huai Nam Khao, tepi jalan tu nampak la kedai makan ala warung kecik ja dan yang paling penting orang Islam yang berniaga kat situ. Kami pun berhenti memandangkan masing-masing perut dah lapar.

Harga makan? Sangat2 murah! Aku makan beriyani, segelas kopi o ais air baru THB50.00 bersamaan RM5.00 dah la murah sedap pulak tuh. Lepas perut kenyang, kami singgah di sebuah masjid, nak masuk ke sana kami melalui kawasan kebun getah.

Kedatangan kami di sambut baik oleh jemaah masjid di sana, mereka ni merantau jauh menuntut ilmu agama. Tengok la, dalam keadaan yang amat susah mereka lebih tekun menuntut ilmu...







Bila la nak sampai??? Sebab aku tak nampak pun signboard PHUKET. Aku dan geng-geng konvoi lain terus dan terus bawak motor sampai la kat satu kawasan ni, dah rupa macam pintu sempadan antarabangsa. Aaaa sudahhh.... Takkan sampai Myanmar kot? Ini tak mungkin, ini tak mungkin...!

Kawasan yang aku maksudkan tu ialah sebuah bangunan "Phuket Checkpoint" atau "Tha Chat Chai Checkpoint" yang dibuka pada Februari 2008. Jadi checkpoint ni sebagai langkah untuk mencegah barangan seperti dadah dan senjata yang dibawa masuk atau keluar secara haram.

Akhirnya nampak signboard PHUKET.... Alhamdulillah kami dah sampai dengan selamat.... Syukur lega... Segala penat lelah semua hilang...



Kami tiba di Phuket pun dah menghampiri waktu Maghrib. Saat matahari terbenam di Ufuk barat, burung-burung berkicau pulang petang...

Allahuakbar.... Allahuakbar.... Terdengar laungan azan berkumandang di Pulau Phuket, subhanallah... Azan di Bumi Thailand.

Malam tu kami solat jamak di sebuah masjid yang terbesar di Phuket, yang terletak di Cherng Talay. Masjid ni sangat cantik dan ramai jemaah yang hadir.




Akhirnya selepas 17jam kami selamat tiba di Phuket kira-kira jam 6.30 petang. Penat, berpeluh-peluh (sebab pakai jaket) panas, berbau, letih, hangat semua ada. Jam 10 malam baru masuk hotel, letak kepala terus lena. Esok nak kena bangun awal!!! Jom terokai Phuket!!!

Dokumen yang diperlukan :
1. Passport
2. Salinan Geran Motorsikal/kenderaan
3. Surat Kebenaran Pemilik (Jika Menggunakan Kenderaan Milik Orang Lain)
4. Temporary Import Document dapatkan semasa anda di Sempadan (Thailand)


Muhammad Saffuan Bin Jaffar

5 ulasan:

  1. hi saffuan

    Nak tanya. kalau kereta yang dok pakai ron95, kalau isi minyak, nak guna yang mana satu? Sebab takut terisi diesel dan gasohol.
    satu lagi Temporary Import Document dapatkan semasa anda di Sempadan (Thailand) tu document declare masuk kenderaan yang dikeluarkan oleh kastam thai kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi,

      masa isi aku cakap "nam man" = petrol, aku rasa tak de masalah sebab diorang tgk jenis kete pun tau pakai diesel atau petrol

      Ya...Temporary Import Document dapatkan semasa di Sempadan (Thailand) atau document declare masuk kenderaan yang dikeluarkan oleh kastam Thai

      Padam
  2. hi

    kami dah balik pun...travel time puasa sampai bangkok, menyelit kejap myanmar. Kat sana keta boleh pakai minyak Benzene 91 atau Gasohol 95 or 91 kalau x silap. tapi better pakai benzene 91 sebab dia octane. Kalau gasohol 95 or 91 dia campur ethanol. ethanol kurang efficient sikit dari octane...harap2 betul la pemahaman ini...

    BalasPadam
  3. 3-5/12 ni nk maauk p krabu..nk folo jomm whatsapp 0174712247

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...