Blog aku ni dah ditumbuhi lalang, dan pokok-pokok renek akibat lama ditinggalkan, labah-labah pun tak sanggup nak buat sawang di blog aku nih. Berbulan-bulan ditinggalkan tanpa sebarang cerita, jahat punya tuan blog. Apa boleh buat, aku sibuk dengan hal yang macam-macam.
Dalam 2 minggu lepas aku balik ke Perlis, pertama sekali aku cari passport aku, sebab aku dah rasa macam hilang waktu aku pindah di Penang. Sampai di rumah aku kat Perlis, passport yang aku cari dahulu. Habis semua kotak-kotak yang tersimpan aku punggah berselerak, malangnya, passport ditemui, tapi nak kena kemas balik, itu yang paling malang :P
Agak lama aku mengemas rumah di Perlis, sebab lama ditinggalkan (lebih lama kena tinggal kalau nak banding dengan blog aku nih ). Kini masa untuk bersiar-siar, satu perlis aku dah pusing, tiba-tiba aku memandu dan terus memandu (selepas solat jumaat) ke utara sehingga sampai ke Thailand. Kali terakhir aku ke sana tahun 2002, masih sekolah menengah lagi. Jalan kat sana aku masih ingat, sebab tu aku tak risau nak masuk dan berbekalkan passport aku masuk ke imigresen.
Aku ke Thailand pun untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang timbul bila aku baca beberapa artikel di dalam blog. Macam-macam cerita aku baca, dan aku pun lama tak ke sana. Di antaranya,
"Kena selit RM1.00 dalam passport untuk pegawai Imigresen Thailand"
"Bayar RM1.00 untuk memudahkan proses masuk ke Thailand"
Alhamdulillah aku dapat jawapannya, hehehe. RM1.00 tu memang kena bayar, itu pun untuk tulis satu borang yang perlu kita isi sebelum ke pos imigresen. Antara nak bayar atau tidak itu atas kita. Semasa aku ke pos imigresen, aku tak masukkan RM1.00 seperti yang disarankan dalam artikel blog dan pegawai imigresen tak mintak pun RM1.00 dan aku memasuki Thailand dengan mudah, alhamdulillah. Bayangkan kalau kita pi bubuh RM1.00, kena tuduh merasuah lagi dahsyat!
Hehe, banyak dah berubah! Last aku ke sana tahun 2002
Wayar beserabut ni sangat sinonim, kadang tu boleh dengan bunyi karan
Tempah nombor pendaftran kereta dan motor. Jenuh aku nak cakap
Kalau buat di Kangar Mahal, tapi dah ke Thailand buat di sana senang dan murah, dia ada mesin nak potong
Ke sana tak buat apa pun, jalan-jalan jumpa kawan lama. So boleh dapat kot apa yang aku nak ceritakan, Lawatan Sambil belajar ke Thailand, tambah2 lagi di sempadan imigresen jangan duk pandai-pandai hulur duit.
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
lamanya idok p thailand
BalasPadam