Jumaat, 29 Oktober 2010

The Sky

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

  Hari ini nak berkongsi video yang dibuat beberapa hari lepas, tajuknya The Sky. Saya baru menceburi bidang astrofotografi dan teknik yang terbaru saya pelajari ialah Time Lapse Video. Tak guna banyak cerita di sini sebab tulis artikel panjang-panjang pun orang tak baca. Selamat menonton.


Imej tu saya jadikan dia video. Kalau stack jadi la macam ni






Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Khamis, 28 Oktober 2010

The Moon In The Day

 


Time Lapse Video sangat memuaskan hati, kualitnya sangat baik jika dibandingkan dengan Video. Bagi saya, time lapse sesuai untuk "low light" tambah-tambah lagi ambil gambar langit pada waktu malam. Video ini memerlukan 1305 keping gambar dan diambil dalam masa hampir 2 jam. Dalam dunia Fotografi aspek yang paling penting ialah kesabaran.










Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Selasa, 26 Oktober 2010

Sabtu, 16 Oktober 2010

Duit Duit

 Duit!Duit!Duit!

Wang dan Duit merujuk kepada benda yang sama dan Wang merupakan medium perdagangan yang penting pada masa kini, namun adakah kita tahu apa itu WANG? Mari kita selidik sikit mengenai Wang.Wang terbahagi kepada 3 jenis, iaitu :

1. Wang Komoditi, contoh logam-logam berharga seperti emas dan perak
2. Wang Fiat iaitu wang kertas yang kita gunakan sekarang
3. Wang Kredit

 Anda mesti tertanya-tanya, apakah makna Wang Fiat? 

Wang Fiat


1. sebarang wang yang diishtiharkan oleh kerajaan sebagai "legal tender","Legal Tender" bermaksud, pembayaran yang dijanjikan oleh undang-undang, contoh " saya janji untuk bayar kepada anda sekian-sekian Ringgit"

Bank Negara Malaysia :WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI (RM)

Bank of England : I PROMISE TO PAY THE BEARER ON DEMAND THE SUM OF (£)

Clydesdale Bank PLC (Wang kertas Scotland) : PROMISE TO PAY THE BEARER ON DEMAND AT THIER OFFICE HERE

Itu adalah janji oleh kerajaan bagi mereka yang memegang wang kertas tersebut, tetapi bagaimanakah wang kertas mempunyai nilai?

2. Definisi Wang Fiat yang kedua ialah, Wang yang dikeluarkan oleh sesebuah negara yang sah ditukarkan dengan barangan lain dan mempunyai nilai tetap. Mempunyai nilai tetap bermaksud RM 10 bersamaan dengan 10 keping wang RM1, begitu juga sebaliknya. Tidak wujud RM10 bersamaan 12 keping RM1

3. Wang tanpa nilai Intrisik. Intrisik bermaksud, sejati, tulen, sebenarnya.

Dalam artikel ini saya pilih untuk bandingkan Wang Fiat dengan Wang Komuditi yang kini menjadi buah mulut masyarakat iaitu Dinar dan Dirham. Jom kita lihat apakah definisi atau standart Dinar dan Dirham.

Wang Komuditi, Dinar & Dirham


1. Dinar ialah wang syiling Emas berketulenan 22k (916) dengan berat 4.25gram (1 Mithqal)

2. Dirham ialah wang syiling Perak berketulenan 999 dengan berat sebanyak 2.975 gram

3. 7 Dinar bersamaan 10 Dirham

  Gunakan kebijaksanaan kita untuk membuat penilaian, jika anda memegang wang kertas anda tidak memegang nilanya yang sebenar, tetapi jika anda menyimpan Dinar dan Dirham, itulah pada anda. Mustahil untuk kita menghasilkan emas dan perak dengan mencampurkan bahan A dengan bahan B. Jika emas dan perak boleh dihasilkan dengan tindakbalas kimia sudah tentu logam ini tidak mempunyai nilai. Dinar dan Dirham bebas dari Inflasi, 100% bebas inflasi.


Membeli Ayam di Pasar Raya

Ayam
Situasi 1. Harga ayam di United Kingdom (Pasaraya Sainsbury) pada 16 Oktber 2010 selepas diskaun ialah £3.85/kg bersamaan dengan RM19.02 pada kadar tukaran semasa 16 Oktober 2010 jam 5.39 petang waktu Malaysia.



Situasi 2. Harga ayam di Malaysia (Pasaraya Giant) pada 16 Oktober 2010 selepas diskaun ialah RM5.49/kg bersamaan dengan £1.11  pada kadar tukaran semasa 16 Oktober 2010 jam 5.39 petang waktu Malaysia.


Anggaran berat seekor ayam mentah bersamaan 1.63kg. Mari kita bandingkan, benda yang dibeli adalah sama, "Ayam" tetapi warga UK sungguh seronok sekali bila membeli ayam di Malaysia. Warga Malaysia pula mungkin berfikir banyak kali untuk membeli ayam di UK.


Jika menggunakan Dirham, tak kisahlah ada di UK atau Indonesia atau Malaysia atau Brunei atau di Benua Afrika, harganya tetap 1Dirham, kerana di tangan anda ialah logam perak yang berketulenan 999 dengan berat 2.975gram, dan anda gunakannya untuk membeli seekor ayam.



Harga Terkini 1Dirham = RM17.00 pada 16 Oktober 2010. 1 Ekor Ayam = 1Dirham = RM17.00, tak mahal ke beli ayam dengan Dirham? Tetapi, jual beli yang manakah yang lebih adil? 







Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Pagi Yang Sejuk Dan Dingin
Nottingham, UK

Khamis, 14 Oktober 2010

Abadikan Salamku di Ingatan



Dalam pertemuan ada perpisahan
Kenangan pun lalu begitu saja
Namun memberi kesan pada aku
Aku banyak belajar erti kehidupan
Aku merasakan manisnya persahabatan
Namun kini aku terpaksa berundur
kerana layar yang aku bina selama ini
Karam di lautan bersama harapan

 Sungguh pahit rasanya kegagalan
Diludah dengan kata yang menyakitkan
Aku terima semua itu 
Dengan luka-luka di hati
Dengan air mata di pipi
Aku berjalan bersendirian tanpa teman
Berjalan menuju ke sebuah kehidupan baru
Abadikan Salamku di Ingatan


Muhammad Saffuan
Nottingham, UK

Rabu, 6 Oktober 2010

Komet Telah Muncul Oktober ini

 Peminat Astrofotografi




Komet Hartley 2 
Foto oleh : Michael Jager


  Bagi anda yang meminati Astrofotografi, sekarang ini merupakan peluang terbaik untuk anda menjejaki Komet Hartley 2 yang kini mucul untuk menceriakan dunia astrofotografi anda. Komet Hartley 2 bakal menghiasi langit malam bulan Oktober dengan Magnitud sekitar 5 hingga ke 6 Magnitud*(1). Kecerahan ini saya boleh samakan dengan kecerahan Planet Uranus, 5.75 Magnitud pada 5 Oktober 2010 (jika dilihat dengan mata kasar). Pada 20 Oktober ini Komet Hartley 2 akan berada pada jarak yang paling hampir dengan bumi iaitu 0.12 a.u*(2), kira-kira 18 juta kilometer. Ini merupakan jarak yang paling hampir sejak tahun 1986 komet ini dikesan dan ia merupakan komet yang berada paling hampir dengan bumi pada abad ini.

   Pada 7/8 Oktober ini Komet Hartley 2 bakal melintasi 2 Cluster*(3) bermagnitud masing-masing 4.3 dan 4.4 di sekitar Buruj Perseus*(4). Memandangkan bulan pada waktu ketika itu berada pada fasa penghujung (Bulan Sabit Tua) anda mungkin bernasib baik. Dan nasib anda mungkin bertambah baik jika anda berada jauh dari bandar (pencemaran cahaya) besertakan pakej cuaca tidak berawan, Kilauan Komet Hartley 2 bakal mengiasi retina mata anda dan juga Sensor Kamera DSLR anda.

Sejarah Komet Hartley 2

Komet ini ditemui pada 16 Mac 1986 oleh Malcom Hartley di Siding Spring, Australia.

Pembuka Minda Bukan Penutup

Lihatlah ciptaan Allah s.w.t dengan mata hati, supaya kita melihat kebesaran Allah tidak hanya lekat di mata tetapi biarlah ianya lekat dihati dan menimbulkan rasa keinsafan pada diri kita, bahawa kita ini makhluk ciptaan-Nya yang sangat lemah lagi tidak terdaya. Jangan kita kagum pada penciptaan , tetapi kita perlu kagum kepada Pencipta yang menciptanya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang menggunakan akal lalu kita taat kepada Allah s.w.t dan membawa kita lebih dekat dengan-Nya. Wallahualam.

*(1) Magnitud = ukuran darjah kecerahan bintang/planet/objek angkasa, semakin rendah nilai magnitud semakin terang cahayanya dapat dilihat

*(2) a.u. = astronomical unit, 1 a.u. = 149597870.691 km

*(3) Cluster = kelompok bintang yang banyak


*(4) Perseus = Nama buruj, dewa orang Yunani

 




Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...