George Town (Pulau Pinang)
UNESCO World Heritage Site (I)
Sejarah George Town & Pulau Pinang
Pulau Pinang merupakan sebuah yang unik, tiga budaya, iaitu Melayu, Cina dan India bertemu dan mewarnakan kehidupan serta membentuk identitinya yang tersendiri. Pulau ini telah menarik minat British untuk menguasainya. Tujuan utama British ialah, untuk menjadikan pulau ini sebagai pelabuhan perdagangan dan pengakalan tentera. Pada tahun 1816, Singapura telah menjadi pelabuhan utama British, namun ianya tidak merubah reputasi Pulau Pinang sebagai pelabuhan, kerana kedudukannya lebih dekat dengan kawasan perlombongan bijih timah, Pulau Pinang terus berkembang pesat sebagai pusat perdagangan serta befungsi sebgai pusat kormesial yang terpenting pada masa itu.
James Lancaster
Pelayar berbangsa Inggeris iaitu James Lancaster, pernah tiba di Pulau Pinang " Isles of Pulo Pinaom" pada Jun 1592. James Lancaster beserta anak kapal berada di Pulau Pinang untuk sementara waktu sahaja. Malangnya beberapa anak kapal telah dijangkiti penyakit dan sepanjang mereka berada dua bulan di Pulau Pinang.seramai 26 orang telah meninggal dunia. Walaubagaimanapun segala usaha berakhir dengan kapal karam serta kecelakaan yang lain menimpanya, namun beliau terselamat.
Selepas dua ratus tahun kemudian, Syarikat India Timur kembali untuk melihat pulau di sebelah timur lautan India yang sesuai untuk dijadikan sebagai perlabuhan. Semasa peralihan monsun Barat Daya, kapal-kapal terpaksa bergerak dari Calcutta ke Madras dan terpaksa melalui Acheh yang terletak di utara Kepulauan Sumatera. Oleh itu, jika ada sebuah perlabuhan di sebelah Tenggara, ianya mampu bertindak sebagai pengkalan yang akan menjaga keselamatan kapal-kapal milik Inggeris. Pada tahun 1786, Pulau Pinang terpilih sebagai pulau yang paling sesuai untuk pelabuhan. Perjanjian antara Sultan Kedah dengan pihak Inggeris.
Arthur Wesley datang ke Pulau Pinang pada tahun 1797 untuk menulis laporan berkaitan ketenteraan dan kormesial. Arthur Wesley menyatakan bahawa Pulau Pinang, dari segi kormesial sangat baik, dia juga mendapati pelbagai barangan dari Asia boleh didapati di sini pada harga yang lebih rendah dari harga tempat barangan tersebut dikeluarkan. Tetapi Arthur Wesley menyatakan sesuatu yang bermain difikirannya, "George Town sangat mudah untuk di serang!". Pulau Jerejak terletak jauh dari George Town dan tidak sesuai untuk dijadikan perisai. Begitu juga dengan kawasan tinggi (sekarang ini terletak di USM) yang sangat jauh untuk pemantauan dari jarak jauh. Maka, Seberang Perai dilihat sebagai kawasan sesuai untuk pertahanan kepada Pulau Pinang.
Jejak Warisan
7 Julai 2008, Pulau Pinang (George Town) telah diwartakan sebagai "World Heritage Site" atau dalam Bahasa Melayu, "Tapak Warisan Dunia". Dahulunya nama George Town lazimnya dikenali sebagai "Tanjung", menurut rujukan sejarah, banda raya ini dibuka oleh Francis Light. Pada hari ini aku berkesempatan untuk menjejaki warisan yang ada dibumi tercinta ini. Jejak warisan ini merupakan satu pengisian semasa cuti dan tidak dirancang sebenarnya. InsyaAllah selepas ini, satu persatu tinggalan sejarah akan dijejaki untuk berkongsi dengan pembaca sekalian.
Bandaraya George Town terletak kira-kira km dari Sungai Nibong, aku ke sana melalui Lebuh Raya Jelutong. Hari ini kawasan yang aku jejaki ialah sekitar Padang Kota Lama bermula dari Fort Cornwallis hingga ke Sekolah Convent. Fort Cornwallis merupakan kubu pertahanan yang dibina semasa pendudukan British untuk menangkis sebarang serangan dari tanah besar. Ianya dibina di tepi pantai iaitu di laulan paling sempit antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.
Terletak di Jalan Padang Kota Lama, ialah sebuah bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang dibina pada tahun 1903 dengan kos sebanyak 100,000 Dolar Negeri-Negeri Selat. Bangunan ini merupakan di antara tarikan utama para pelancong. Seni bina bangunan ini menggambarkan keadaan negeri Pulau Pinang yang pesat membangun pada ketika itu.
George Town Büyükşehir Belediyesi
Bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang kini usianya hampir 100 tahun.
Sebuah lagi bangunan yang terletak bersebelahan Bangunan Majlis Perbandaran, Town Hall menampilkan seni bina Inggeris yang unik.
Dari Padang Kota Lama aku melalui Lebuh Light, di sana terletaknya Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Bangunan ini telah pun menjalani proses pembaik pulih beberapa tahun lepas.
Mahkamah Tinggi, Lebuh Light
Pertemuan dua jalan Lebuh Pitt, terletak sebuah sekolah lama.
Pertemuan dua budaya. Bangunan lama dengan gaya Inggeris dan Cina.
Sebuah rumah lama yang terletak di Jalan Green Hall.
Sembahyang Pagi.
Kebanyakkan nama jalan-jalan di George Town adalah di dalam bahasa Inggeris. Ada juga nama-nama jalan yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu seperti Rope Walk ditukar kepada "Jalan Pintal Tali". Ada juga nama-nama jalan yang ditukar keseluruhan, seperti Northam Road, menjadi "Jalan Sultan Ahmad Shah", Green Lane ditukar kepada "Jalan Masjid Negeri" dan Western Road sekarang ini dikenali sebagai Jalan Utama.
Memorial yang terletak di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah
Pulau Pinang menjadi rebutan kerana kedudukannya yang strategik. Akhirnya jatuh ke tangan British dan Francis Light membuka bandaraya George Town. Maka bermulalah era penjajahan di Tanah Melayu.
Kubu di bina sebagai pertahanan kepada Bandar George Town.