Selasa, 14 Mei 2013

PENANG BEST FOOD | Kapitan Tandoori

Kali ni aku nak share sikit antara makanan yang perlu dicuba kalau korang berkunjung ke Pulau Pinang.  Ke mana kita nak terjah? Kali ni kita akan ke Chulia Street, Restoran Kapitan ni terletak betul-betul di depan Little India.

Restoran dua tingkat ni terletak di tepi Chulia Street, so aku dan kawan-kawan akanmakan di tingkat atas. Diorang siap tanya, "tak kena caj lebih ke makan kat atas?" sebabnya kawasan atas lebih selesa, sejuk dan nampak modern sikit. So, makan kat atas atau bawah harga sama je.

Menu wajib dan diorang punya speciality menu ialah Naan dan Ayam Tandoori.

Set Naan dan Tandoori

    Ok set yang aku oder ni set tandoori yang biasa. Naan ni ada banyak jenis antaranya Garlic dan Cheese naan. Aku lebih prefer cheese naan. Roti naan kat Kapitan ni paling lembut yang pernah aku makan. Dihidangkan lagi dengan kuah dan dan paling istimewa sos merah dan sos pudina, kombinasi yang sangat padan. Sos merah tu pedas-pedas manis. 

Untuk hidangan kedua jom tengok!

Briyani ayam

Ok, yang aku oder ni Briyani ayam. Ada banyak jugak briayni yang ada kat Kapitan ni antaranya Tandoori Briyani, Briyani kambing, briyani milani dan macam-macam lagi la. 

Set Briyani Tandoori. Lebih kurang sama je dengan set naan. Nasi briyani dia menggunakan beras basmathi dan yang penting tak berminyak!

Almond Milk (Susu Badam)

   Yang ni antara minuman yang popular kat restoran kapitan. Kalau hampa mai Penang boleh la cuba Susu Badam. Aku tengok ramai je minum air ni, so aku pun cuba la. Rasa dia ok, dan mungkin dia letakkan sedikit buah pelaga untuk hilangkan bau lembu dan sesuai untuk orang yang suka benda-benda baru, hehe...

Malam ni je aku sapu tiga jenis menu. Satu set tandoori dengan naan biasa, satu set cheese naan dan tandoori briyani. Hehe orang yang kecil tapi nafsu makan besar.

Kalau nak berkunjung ke Kapitan ni, best time lepas Maghrib, kalau lewat sikit orang penuh tambah-tambah lagi masa cuti hujung minggu atau musim cuti sekolah.

 Wah dapat pengiktirafan dari Trip Advisor lagi.

Apa lagi, kalau mai cuti-cuti di Pulau Pinang jangan lupa mai cuba tang ni tau...!


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Selasa, 7 Mei 2013

Cara memasang Hazard Light Pada Motorsikal

Assalamualaikum dan salam sejahtara

   Atas permintaan ramai saya tunjukkan cara untuk memasang harzard light atau biasanya orang panggil double signal. Sebelum tu saya tak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakkan semasa anda mencuba, tak salah membaca untuk dapatkan maklumat dan lebih elok refer pada mereka yang berpengalaman. Saya pun cuba-cuba sendiri alhamdulillah menjadi. 

    Gambar kat bawah ni, skematik untuk pemasangan harzard light atau double signal. Bahagian yang perlu kita sediakan yang saya lukis dengan warna merah dan antara bahan yang diperlukan ialah :

1) Relay Tambahan ( Beli di kedai motorsikal, relay signal ) x 1
2) Suis ON - OFF x 1
3) Diod 5408 ( Beli di kedai elektronik ) x 2
4) Wayar kira-kira 2 meter

Skematik Untuk pemasangan Hazard light atau lampu double signal pada motorsikal 


Cara nak buka coverset bagi LC135 boleh rujuk video yang saya buat. Tapi ada beberapa part tu tak perlu buat pun tak pe, tak sempat nak buat video baru :). Benda-benda penting yang nak kena ingat semasa pasang ialah sambungan wayar yang ada suis on off pada kaki relay signal motor, kalau silap boleh terbakar fius motor. Pastikan sambungan betul, dan wayar yang ada suis on off juga disambungkan kepada kaki relay signal tambahan ingat sambungkan pada kaki L


Bila nak sambungkan wayar yang ada suis pada relay tambahan sila cek betul-betul, mesti sambungkan pada kaki L, ada ditulis siap-siap pada relay. Kalau silap pasang, lampu hazard atau double signal tak akan berkelip.


Sambungan 



Kalau nak lebih jelas klik kat gambar, sori la gambar jadi terbalik kuang, aku dah rotate tapi tak menjadi. Nak tengok macam mana aku buat boleh rujuk pada [video] Selamat mencuba


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...