Nottingham merupakan salah sebuah bandar yang terletak di negara England. Nottingham terkenal dangan lagenda Robin Hood. Juga pernah terkenal dengan industri pembuatan basikal dan lace pada zaman Revolusi Industri suatu ketika dahulu. Nottingham dikenali dengan "Tigguo Cobaoc" yang bermaksud tempat yang mempunyai banyak gua.
Sedikit sejarah mengenai Robin Hood : Seorang yang dianggap sebagai pahlawan. Dikenali dengan jolokkan " Robbing from the rich and giving to the poor". Dikatakan mempunyai kemahiran dalam memanah serta bermain pedang. Robin Hood lahir di Sherwood Forest, Nottingham.
Sejarah bandar ini bermula pada abad ke-6 dan Nottingham merupakan sebuah jajahan Saxon (iaitu orang yang berbangsa Jerman yang menduduki Britain pada kurun kelima). Bangsa Saxon yang menduduki Britain pada ketika itu turut membawa pengaruh bahasa. Banyak tempat seperti Notting-ham, Birming-ham, serta bandar-bandar lain yang mempunyai nama "ham" dan "ton" adalah berasal dari German(Keluarga Bahasa Cetlic). Pada ketika itu Nottingham dikenali dengan nama "Snotta-inga-ham".
Snotta - ialah nama seorang lelaki
inga - bermaksud "kepunyaan"
ham - bermaksud "kampung atau desa"
Kesimpulannya, Nottingham bermaksud "Kampung kepunyaan Snotta". Snottingham menjadi Nottingham ketika kedatangan Perancis ke England, dan orang-orang Perancis tidak boleh menyebut "sn". Selain itu ada sumber yang meceritakan bahawa Snotta bukanlah nama individu tetapi sebuah kampung yg diberi nama Snotta atau Snot (Bahasa Inggeris Klasik) yang membawa maksud tempat yang mempunyai banyak terowong gua. Di England Nottingham terletak di kawasan East Midland " Timur Tanah Tanah". Bagi saya saya amat menyukai Nottingham kerana ianya tidak sibuk seperti London dan lain-lain bandar besar di United Kingdom. Nottingham mempunyai jumlah penduduk seramai 292 400 orang, dan 7.7% adalah terdiri daripada orang asia. Soal mencari makanan halal di sini tidak menjadi masalah terdapat banyak kedai,pasaraya seperti ASDA, dan Madinah membekalkan makanan halal. Barangan memasak herba seperti serai, cili api, lengkuas dan penambah perisa seperti kicap juga boleh didapati di sini. Di ibaratkan syurga orang Malaysia.
Contoh-contoh dialek yang digunakan ialah:
1.Shuttya ghoub = shut-up
2. Thiz summat up wee im = I think he may be ill
3.Chisits? = how much is this?
BERSAMBUNG