Khamis, 19 Ogos 2010

Jom Tau Bahasa Turki

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sekapur Sireh,

  "Jom Tau Bahasa Turki" dengar saja kepada tajuk dah tentu entri kali ini mengajak para pembaca untuk mengenali Bahasa Turki dengan lebih dekat. Kalau orang lelaki dan sesetengah kaum wanita meminati Bahasa Jepun, mungkin pengaruh anime. Dan dari pengamatan saya, kebanyakkan wanita suka Bahasa Korea, kalau kat FB ada saja yang letak tulisan Korea, mungkin sebab minat mendalam kat mamat-mamat Korea tuh.

ひらがな, 平仮名 カタカナ, 片仮名

Hiragana, Katakana,
Saya tak tau, nak pi mana.
조선글 
Hangul


My Name is SAFVAN

Sedikit Pengenalan


Türkiye Cumhuriyeti

asyik iye, tapi tak reti.


(pantun dua kerat)

   Bahasa Turki merupakan bahasa yang dituturkan secara rasmi di negara Turki dan Cyprus Utara. Terdapat juga golongan minoriti yang menetap di negara lain menggunakan Bahasa Turki seperti di Kosovo, Macedonia, Romania dan juga Iraq. Tulisan yang digunakan ialah tulisan Latin seperti juga Bahasa Melayu, namun sedikit berbeza dengan tambahan beberapa huruf.

   Bahasa Turki menerima pengaruh daripada bahasa Arab, malah pada zaman sebelum kejatuhan Khalifah Islam Turki Uthmaniyah dikatakan banyak perkataan dalam bahasa Turki adalah daripada Bahasa Arab dan Parsi. Bila masa pemerintahan Kamal Ataturk, dia melakukan kajian bagi menggantikan bahasa pinjaman (Arab & Parsi) menjadi bahasa Turki yang tulen. Awat la dengki sangat Kamal ni???

Logo Empayar Turki Uthmaniyah

  Pada Zaman Kegemilangan Islam di Turki, tulisan yang digunakan ialah tulisan Arab, sama juga seperti negara kita Malaysia. Namun negara kita juga nampaknya meminggirkan tulisan jawi, dan tulisan jawi ini hanya sebagai medium penyampaian dalam buku teks agama sahaja, lebih teruk ada diantara pelajar yang BUTA JAWI.

Tulisan Ottoman, semasa lawatan aku ke Konya aku sempat tengok dan belajar serta berkongsi mengenai Tulisan Jawi dan Tulisan Ottoman, kata seorang Sahabat kami di Konya
"Tulisan ini penting dan melambangkan kesatuan Ummah"

Ni semasa berbincang mengenai tulisan Jawi dan Ottoman, sama dan serupa tetapi sikit-sikit berbeza.

Sistem Tulisan Bahasa Turki & Kisahnya Sebaliknya


çay!!!


Teh !!!

 Tadi ada diceritakan huruf tambahan, meh nak bagi tau supaya bila baca artikel yang saya tulis tak la terpinga-pinga, pasai apa (i) tak ada titik
e - (ke "re" ta) bunyi "re"

ı (huruf "i" tanpa titik) - ("ke" reta) bunyi "ke"
contoh: Topkapı dibaca Topkap"e" (ke) dalam Jejak Rasul & Buku Teks sejarah salah ejaan

c - bunyinya "j"
contoh: Acaip dibaca A"j"aib

ç (huruf "c" berekor) - ch

ğ - huruf ini dipanggil "silent 'g' " tidak dibaca

ş (huruf "s" berekor) - sh

ö & ü - sukar la nak jelaskan, bunyinya sama macam huruf "o & u" cuma bunya dia comel-comel gitu

w - tiada dalam bahasa Turki, orang Turki kebanyakkannya tak boleh sebut huruf ni, bila depa nak sebut "lawyer" (peguam) terus jadi "lavyer" 

Aku berhadapan dengan situasi huruf "w" ni sewaktu di Istabul, aku jumpa 3 orang Turki di Stesen Keretapi Sirkeci, salah seorang memperkenalkan diri, dia cakap di belajar kat universiti "I do Lavyer". Huhuhu pening jugak aku memikir apa benda "Lavyer", nasib baik kawan aku dapat tangkap, aku pun tak blur la.
Nama aku dieja "S.A.F.F.U.A.N" jadi sama la juga dengan "S.A.F.W.A.N", huruf "W" masalah kepada sesetengah orang Turki nak menyebutnya maka jadilah nama aku SAFVAN, maşaAllah.


Tengok macam mana orang Turki mengeja mengikut kesesesuaian lidah mereka

Malaysia - Malezya ( sama macam Bahasa Arab)


Kuala Lumpur - KOVALANUMPUR 

(diTurkikan nama Kuala Lumpur)



Jom Belajar Bahasa Turki



Macam mana nak baca???


Ucapan Ramadhan yang aku buat khas untuk sahabat di Turki


Apa khabar? - Nasılsınız?

Baik, Alhamdulillah - çok iyiyim, Elhamdullilah

Berapa umur kamu? ( orang Turki suka tanya umur aku berapa) - kaç yaşındasınız?

Dua puluh tujuh - yirmi yedi

sembahyang - namaz

di mana? - nerede?

di mana tandas? - tuvalet nerede?

berapa harga? - ne kadar?

Jemput makan - Afiet Olsun

Semoga Allah merahmati anda - Allah razı olsun

Terima Kasih - teşekkür ederim

selamat tinggal - güle-güle





Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Hujan Rintik malam ramadhan mengenang sahabat jauh
Sungai Nibong

Selasa, 17 Ogos 2010

Puasa Masa dulu-dulu

   Waktu aku tengok status FB kawan aku, timbul di benak fikiran aku kenangan indah waktu kecik-kecik dulu di bulan mulia Ramadhan. Memang menyeronokkan, dari Ramadhan-lah aku belajar erti berdikari. Aku kehilangan abah kesayanganku waktu aku berumur 8 tahun, tahun 1997 arwah abah meninggal dunia pada usia 37 Tahun sehari sebelum hari kelahiran abah aku. Arwah abah ni macam dah tau saat-saat akhir hidup dia dah sekat. Selepas pemergian abah aku cuma ada seorang wanita aku sangat cintai, iaitu mak aku yang bekerja untuk sesuap nasi. Aku tak ada abang, kakak dan adik, aku sorang saja.

   Bila bulan posa, arwah abah selalu masak, dia memang pandai masak. Tapi la ni abah dah tak ada, abah dah pergi buat selama-lamanya, walaupun hanya secebis kasih abah sempat aku hirup, namun kemanisannya aku dapat rasa sampai hari ini. Dulu kalau mak aku kerja petang, aku kena la bukak posa sorang-sorang kat rumah. Aku ingat lagi, aku menangis sebab lapar nak makan, aku kecik dan rendah mana la nak sampai untuk memasak kat dapur. Aku kesat air mata aku yang berlinangan, aku capai kerusi merah dan naik ke atas untuk aku perangat sekeping roti canai. Aku tabahkan hati sambil mengenangkan masakan abah yang sedap tu.

  Aku memang kena hidup berdikari, mak aku tak manjakan aku, semua dia ajar aku wat sendiri, sampai aku boleh uruskan rumah seawal usia aku 8 tahun. Mak aku ada satu kali demam kuat, aku tak sampai hati tengok. Kalau aku demam mak selalu masak sup kat aku. Jadi aku pun buat sup kat mak aku. "Pandai wan masak" kata mak aku yang tengah demam tu, seronok aku dibuatnya. Mula dari tu aku belajar masak, kalau mai bulan posa aku akan masak untuk juadah berbuka.


"TELAGA BURUK"

   Aku dulu gemuk gedempoi, kalau bab makan akulah no satu, kat kampung mak sedara aku panggil aku "telaga buruk" sebab makanan yang tak habih semua aku sapu hehehe. Kalau bab sahur aku memang senang bangun, sangat mudah, sebabnya nostalgia waktu dulu. Tok sebelah abah aku percik ayaq kat muka kalau nk gerak aku bangun pi tadika. Dari saat itu aku memang senang bangun.

Logo MRSM Merbok Pictures, Images and Photos

   Bila dah meningkat usia, suasana Ramadhan pun berbeza, waktu aku tingkatan 4 aku masuk asrama MRSM. Malam sebelum posa kawan-kawan pesan kat aku, suruh gerak depan bangun untuk bangun sahur. Yang lawaknya " kalau bukan nasik ayam jangan gerak aku tau" hahaha. Kalau waktu sahur, di Dewan Selera (DS) tu macam padang jarak padang terkukur ja, ada la dua tiga orang yang bangun sahur.

   Bila time bukak posa memang ramai. Jam 6.00 petang aku dan kawan-kawan berlari-lari ke DS nak dapat tempat sebab tak mau beratoq panjang. Habih ja ambil nasik dengan lauk, pi amik cerek pulak nak isi air. Memang Nostalgia. Lepas tu aku naik ke asrama siap-siap dengan berbaju melayu putih. Dengan berbekalkan beberapa bijik kurma, aku akan duduk di surau nak tunggu azan maghrib. Sambil memerhatikan matahari terbenam aku dan kawan aku menjamah kurma yang kami bawak tadi. Lepas solat baru la pi makan.

   Acara makan-makan tak berakhir di DS saja. Lepas terawih kami ada Prep (kelas malam). Di sana la aktiviti makan-makan besambung, selalu budak-budak perempuan la yang beli macam-macam. Makan yang bawak kat kelas ni istimewa la sebab beli kat pasar Ramadhan, kirim kat orang. Kek Batik, rangka ayam, roti  
John dan macam lagi la.Waktu prep ni waktu untuk belajar, lain pulak jadinya, apa yang aku dgn kawan-kawan buat? Kami sembang pasai raya sampai la ke bais prep, 2 jam. Lepas prep pun ada makan lagi di DS, moreh la. Tapi kalau lauk sedap baru kena serbu kalau biasa-biasa memang tak layan la.


    Aku lepas tu sambung belajar kat Matrik. Yang bestnya, sebelum posa aku dengan ajk kelab Astronomi yang lain buat lawatan ke Pusat Falak Sheikh Tahir kat Pantai Acheh kami sempat la tengok macam mana proses merukyah (tengok) anak bulan. Esoknya tambah lagi satu hari sebab anak bulan tak nampak.

Gambar ni aku ambik selepas azan maghrib
Kalau nak tahu cerita macam mana orang tengok anak bulan

   Kat matrik lain, semua kena beli. Waktu tahun pertama, aku cuma beli kat Kafe ja. Lepas tu ajak kawan-kawan rapat yang duk satu aras untuk berbuka di bilik aku, memang meriah.

Kawan-kawan seperjuangan. Ni kat bilik aku.

   Lauk untuk sahur terpaksa la beli awal, sebab kafe tak buka pagi-pagi ni. Makan la nasik sejuk, tahun ke dua pun macam tu. Tahun kedua best, kalau bukak posa pengarah bagi kebenaran untuk ke pasar Ramadhan dekat pekan Kepala Batas, bas pulak memang dah siap tunggu kat depan pagaq. Aku ingat lagi, waktu tu aku ke kelas kimia, tiba-tiba kawan aku cakap aku tak puasa semalam. Aku pun tengah sakit kepala waktu tu dan aku malas nak layan kawan aku tuh. Balik ja bilik, roomate aku cakap semalam ada orang azan kat asrama awal sangat dia ikut waktu KL. Pas tu ustaz buat pengumuman bagi tau kami kena ganti puasa. Ramai orang bengang kat orang yang azan tuh. Hmm... tak boleh nak salahkan dia, dan tak semua orang tak buat salah.

  Tahun lepas, sangat berbeza. Aku menghabiskan puasa Ramadhan aku di bumi asing. Memang aku diam ja dua tiga hari, terkenagkan nasi dan ayam golek. Suasana Ramadhan di luar negara memang berbeza, tak dak la pasar Ramadhan. Bila nak masuk waktu berbuka, aku dan kawan-kawan ke masjid di Universiti. Kami berbuka dengan kurma dan jus epal dalam kotak. Selain jus epal ada la jugak susu segar dan ayaq kosong. Makanan berat sampai selepas kami solat maghrib, jadi waktu menunggu makanan nak sampai, sempat la aku berkenalan dengan kawan-kawan baru. Hari pertama aku berbuka di bumi asing, juadahnya "Chiken roll, ayam goreng, kentang" memang berbeza la dengan lidah Melayu aku ni yang selalunya makan bihun, atau kuih muih.

Walaupun di bumi asing, suasana tetap meriah

Berbuka di Prayer Room

   Ramadhan sememangnya memberikan kenangan manis buat aku, dari Ramadhan aku belajar erti bersyukur, berdikari serta membuatkan aku menjadi insan yang tabah. Terima Kasih ya Allah atas kurniaan bulan yang suci ini, bulan yang Engkau berikan rezeki kepada aku dengan melimpah ruah. Ramadhan bakal berlalu dan aku pasti akan merinduimu.






Muhammad Saffuan Bin Jaffar
DoReMi
Sungai Nibong, Pulau Pinang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...