Dah lama sangat tak update blog
Sarawak Bumi Kenyalang dengan keluasan 124 450 kilometer persegi menjadi tempat tinggal bagi lebih daripada 40 etnik antaranya Iban, Melanau, Bidayuh dan Orang Ulu. Sarawak kaya dengan budaya dan adat resam bahkan turut menyimpan khazanah alam semula jadinya yang tersendiri. Jauh daripada Bandaraya Miri terletak satu lokasi unik yang mendapat gelaran sebagai Permata Bayu Bumi Kenyalang. Terletak pada ketinggian 3 500 kaki dari paras laut dikelilingi belantara, kembara kali ini bakal menjanjikan kembara backpacker yang lebih eksotik.
Sarawak Bumi Kenyalang dengan keluasan 124 450 kilometer persegi menjadi tempat tinggal bagi lebih daripada 40 etnik antaranya Iban, Melanau, Bidayuh dan Orang Ulu. Sarawak kaya dengan budaya dan adat resam bahkan turut menyimpan khazanah alam semula jadinya yang tersendiri. Jauh daripada Bandaraya Miri terletak satu lokasi unik yang mendapat gelaran sebagai Permata Bayu Bumi Kenyalang. Terletak pada ketinggian 3 500 kaki dari paras laut dikelilingi belantara, kembara kali ini bakal menjanjikan kembara backpacker yang lebih eksotik.
Menaiki pesawat kecil untuk ke Bario
Bertugas
sebagai seorang guru di Sarawak membuatkan aku cuba untuk mendekati budaya
tempatan serta meneroka keindahan alam semula jadinya. Jauh di pedalaman Baram terletak
sebuah pekan kecil yang menjadi tempat tinggal bagi hampir 2000 orang etnik
Kelabit. Kehidupan etnik ini yang dekat dengan alam semula jadi serta
mengekalkan tradisi nenek moyang menjadikan Bario tempat yang wajib untuk aku lawati.
RUMAH PANJANG BARIO ASAL
RUMAH PANJANG BARIO ASAL
Aku menginap di Homestay Sina Rang Lemulun yang terletak di Rumah Panjang Bario Asal, tempat ini menjadi pilihan kerana di sini merupakan rumah panjang yang terawal dibina di Bario. Kehidupan
penghuninya sangat sederhana tetapi mereka kaya dengan budi Bahasa. Senyuman
diiringi dengan ucapan selamat datang membuatkan setiap tetamu datang dengan
hati yang terbuka. Rumah Panjang yang berusia lebih dari 50 tahun ini menyimpan
1001 kisah kenangan buat penghuninya serta pengunjung yang datang.
Rumah Panjang Bario Asal
Untuk pengetahuan geng kembara sekalian, kemudahan di Homestay tidak sama dengan hostel lain yang pernah aku tinggal. Tiada kemudahan air panas, tiada jaminan bekalan elektrik yang berterusan. Bekalan elektrik di rumah panjang berhantung kepada tenaga hidro, apabila musim kemarau bekalan elektrik tidak stabil dan alternatifnya generator digunakan. Begini la kehidupan yang mereka lalui memandangkan Bario terletak jauh di pedalaman. Bagi aku, aku sudah biasa memandangkan tempat aku bertugas juga bergantung pada generator.
Line telefon jangan risau, cuma line internet yang menjadi masalah. Lupakan seketika instagram dan Facebook, tolong ketepikan, gunakan masa yang terluang untuk "chitchat" dengan penghuni rumah panjang, banyak perkara yang mereka ingin berkongsi cerita dengan anda dan orang Bario ni boleh aku katakan peramah. Sebelum aku datang ke sini aku dah prepare power bank dengan lampu suluh, memang sangat berguna ketika berada di Bario.
Aku bersama 4 orang geng dibawa oleh Encik Panai untuk mendekati cerita-cerita disebalik Rumah Panjang
Bario Asal. Perkataan Asal diambil dari perkataan Bahasa Melayu yang membawa
maksud “original” Rumah ini dibina pada tahun 1963 dan sehingga kini ia masih
kukuh dan menjadi tarikan utama pelancong ke Bario. Ruang legar atau verandah “Ruai” atau dikenali sebagai tawa dalam Bahasa Kelabit menarik
perhatian aku, dengan panjang lebih dari 100 meter ruang ini menjadi lambang
perpaduan penguhinya.
Kunjungan
aku bersama 4 lagi orang rakan guru daripada Sekolah Kebangsaan Long Sepiling
turut berpeluang menyaksikan peristiwa bersejarah apabila Jack Tredrea berkunjung
ke Rumah Panjang Bario Asal. Beliau merupakan bekas komando yang terselamat
ketika melakukan operasi menetang tentera Jepun di Bario 71 tahun yang lalu. Kunjungan
beliau turut diraikan bersama beberapa wanita Kelabit yang pernah menjadi porter semasa operasi menentang Jepun.
Disebalik
kisah sejarah perjuangan masyarakat dahulu, Rumah Panjang Bario Asal turut
menyimpan khazanah budaya yang dikenali sebagai Lalik Kadang. Lalik Kadang merupakan tradisi memanjangkan telinga
dengan tujuan untuk kecantikan. Bayi berusia seawal 6 bulan akan ditebuk cuping
telinga serta digantung dengan subang yang berat sehingga mereka dewasa dan
cuping telinga tersebut semakin panjang. Namun tradisi ini semakin dilupakan
hanya ada segelintir warga emas yang masih lagi menyimpan cuping telinga panjang.
Wanita Kelabit lengkap berpakaian tradisional, peta bao tawir iaitu topi dan banir bao alai rantai yang dipakai
Do Illah yang kini berusia 80 tahun masih lagi mengekalkan cuping telinga yang panjang
Kesempatan tinggal di Rumah Panjang Bario Asal membolehkan aku mendekati cara hidup etnik Kelabit dan antara yang menarik perhatian aku ialah Senape iaitu nasi yang dibungkus di dalam daun Isip. Ia nampak ringkas tetapi dengan aroma daun Isip menambah keenakannya. Aku berpeluang untuk belajar cara-cara membungkus nasi tersebut ternyata ia nampak mudah tetapi sukar buat aku. Selain itu pengunjung dapat melihat dapur kayu yang terletak di kawasan verandah yang luas, ia masih lagi digunakan untuk memasak dan memanaskan badan memandangkan cuaca di Bario sejuk pada awal pagi dan waktu malam.
Melihat cara membungkus nasi di dalam daun Isip
Rasa nasi yang dibungkus di dalam daun Isip lebih enak kerana sebati dengan aroma daun Isip
verandah dengan ruang dapur bagi setiap keluarga penghuni rumah panjang
verandah dengan ruang dapur bagi setiap keluarga penghuni rumah panjang
Etnik
Kelabit sangat meraikan tetamu, tetamu perlu diraikan kerana mereka menganggap
tetamu membawa tuah dan rezeki. Kebetulan semasa kunjungan aku bersama-sama rakan, hujan turun membasahi bumi Bario. Kami dipersembahkan dengan
tarian Aran Kadang dan diiringi
dengan lagu tutu udan na perah yang
membawa maksud “turun hujan dengan lebat mencurah”. Selain itu tetamu juga dijemput untuk menari, wajib tak boleh nak lari. Teringat masa di rumah panjang Long Sepiling, habis berterabur nyivan atau tarian. Aku belajar menari dengan orang kampung, kali ni kalau orang suruh menari tak de la rasa nak lari.
Setiap tetamu akan dihidangkan dengan arak kata tuan rumah Whiskey. Apuuuu aku dah nampak ada seorang perempuan bawak dulang yang penuh dengan cawan berisi air, mungkin whiskey. Aku berpura-pura mengambil gambar untuk mengelak dari kena minum Whiskey. Tapi ada seorang lagi perempuan yang menunding jari ke arah aku "itu orang belum ambil lagi" Alamak! Kena ambik juga , ada yang menghidu bau air dalam cawan "Sebaik sahaja lagu tutu udan na perah dinyanyikan tuan rumah cakap "minum" aku pun minum.
Air yang aku minum rasa macam teh o, ketawa ja tuan rumah. Dahulu ya, mereka menghidangkan whiskey tetapi sekarang mereka sendiri tidak minum dan apa tah lagi nak hidang kat tetamu. Acara diteruskan dengan tarian makasar dan poco-poco. Ia pengalaman yang sangat
unik dan berharga buat aku kerana ini kali pertama aku mendekati budaya dan
kehidupan etnik di Sarawak. Aku sering merantau jauh menghargai budaya luar sedangkan ada cantiknya budaya pelbagai kaum dan etnik di Malaysia yang aku sendiri tak tahu.
BERSAMBUNG
Selepas selesai malam kebudayaan, bergambar dengan cara duduk Kelabit Style
BERSAMBUNG