DARI SIMANINDO KE HUTA SIALLAGAN (KERUSI BATU)
Jauh beno rasa nak patah balik ke Tuk Tuk, hari pun dah nak gelap, bukannya nak malam tapi tanda-tanda hujan nak lebat. Waduh gawat sih, aku pun pecut, at least aku sempat sampai ke Tabo Cottages. Alangkah malangnya, hujan turun dengan lebatnya. Jenuh aku mencari tempat nak berteduh, nampak bangunan arghhh kubur, jalan lagi arghhh rumah orang, jalan lagi lagi jumpa la kedai so aku stop kat situ.
Aku tak keseorangan kat kedai tu, siap ada yang berteman, selama 30 minit aku tunggu hujan dia asyik tengok aku, dan kami tak sembang apa-apa pun. At least aku tak la berseorangan...
Nampak tak? Dia ni la teman aku sampai hujan berhenti...
Alhamdulillah, lepas hujan cuaca pun elok dengan terang dilimpahi cahaya mentari terkesima. Aku meneruskan perjalanan ke Huta Siallagan. Kat tempat ni ada Kerusi Batu, kalau zaman sekarang ni kiranya macam mahkamah la. Aku cari jalan tak jumpa, aku nampak ada orang duk lepak kat pondok, tak sempat aku nak tanya dia, dia siap bagi direction untuk ke Huta Siallagan, jalan nak masuk sedikit azab!
Dah pun sampai, masuk beli tiket kat kaunter, tanter kat kaunter tu offer aku untuk amik tour guide, so aku tak fikir banyak, aku pun amik la sorang pok cik nih. Cakapnya berbudi bahasa lemah lembut aku suka cara dia cerita!
Salah satu jenis rumah tradisional orang Batak
Kat sini dia terangkan jenis-jenis rumah orang Batak, so baru la aku perasan yang rumah orang Batak ni ada jantina lelaki dan perempuan. Contoh kat atas tu rumah perempuan, sebab tangga nak masuk ke rumah ada di dalam. Yang ada cicak dengan 4 ketul tempurung tu simbol kesuburan orang Batak. Yang 4 ketul tempurung tu faham-faham la ye.... hehehe... Lepas tu dia bawak masuk ke dalam, dan dia cerita la macam mana adat kematian, perkahwinan cara diorang hidup, nak tau banyak kena rajin tanya!
Lepas melawat rumah, pak cik ni bawak aku ke Kerusi Batu. Salah satu tinggalan di Siallagan yang masih elok. Siallagan ni sebenarnya nama raja, dan orang-orang Batak gunakan nama raja ni sebagai family name diorang la. Daripada nama Siallagan tu diorang akan tahu dari mana asal usul diorang datang. Ok ,berbalik pada cerita kerusi batu, kerusi batu ni tempat perbicaraan orang-orang yang melakukan kesalahan.
Kerusi yang kecik tu untuk orang salah yang bakal dijatuhkan hukuman. Bertentang dengan kerusi kecik tu, kerusi yang paling tinggi daripada kerusi-kerusi yang lain, yang tu la kerusi untuk Raja Batak. Waktu nak bicara orang salah, menteri dan raja akan datang. Tukang Sihir pun akan datang sekali waktu dalam perbicaraan. Di sinilah penentu sama ada pesalah akan dibunuh, dipenjara atau menjadi hamba raja seumur hidup. Kalau hukuman mati dia ada lagi satu tempat special punya.... Jom kita ke sana...
Ok, kat sini la tempat orang salah akan dibawa. Ada kerusi batu meja batu dan seketul batu besar yang nak kata macam meja pun tidak macam kerusi pun tidak.
Sebelum orang salah tu dijatuhkan hukuman mati. Ahli Sihir akan rujuk kalendar Batak, tarikh dan hari bila yang sesuai untuk pesalah dijatuhkan hukuman. Tarikh-tarikh ni sangat penting dan ada kaitannya dengan kuasa ilmu sihir yang pesalah tu amalkan. Kalau silap tarikh katanya tak boleh dan mungkin pesalah tak akan mati.
Kalendar Batak
Mula-mula tengok tarikh yang sesuai
Buku Orang Batak
Buku ni ada la tulis mengenai perubatan, ilmu sihir
Lepas rujuk buku, baru lah boleh kenakan hukuman. Hukuman yang macam mana? Sebat? Sula?
Setelah dipersetujui dan dibelek-belek kat tarikh barulah pesalah tu boleh dihukum. Mata pesalah akan ditutup dan dipaksa makan benda yang pelik-pelik sebelum dihukum. Kemudian, algojo akan bawak pesalah dan letak kat atas batu macam pak cik tu duduk. Baju pesalah akan dibuka dan pedang akan diambil dan algojo akan tores kat atas dada dan perut. Kalau tak ada kesan luka, maknanya orang tu masih ada sihir dan perlu dibuang oleh Tukang Sihir Raja. Ada la pulak alat nak buang sihir tu.
Ni dia tongkat sakti yang paling berkuasa la dan digunakan untuk macam-macam upacara.
Tongkat ni guna untuk buang sihir yang ada pada pesalah supaya hukuman boleh dijalankan.
Pra pra pra tu pra bonaa tu taa.... Jampi dibaca dan tongkat tu akan sedut segala kuasa sihir yang ada pada badan pesalah.
Selepas baca mantera dan kuasa sihir dan disedut, algojo akan test tengok sekali lagi, mana la tau tongkat tu sedut tak habis ke. Algojo amik pedan dan tores lagi, dan kalu ada kesan luka dia akan amik air perahan limau dan tuang ke atas kesan luka tadi... Fiuhhhh dasyat sungguh korang. Bukan main seksa lagi, lepas tu dia akan bawak pesalah ke tempat pancung dan hukuman potong kepala akan dijalankan. Kalau algojo potong kepala pesalah tak putus, dia akan dihukum pancung, so kena la potong betul-betul.
Lepas pancung kepala akan keluar darah memancut-mancut darah tu pulak akan diminum oleh raja dan orang ramai, jantung dan hati pesalah akan diambil dan dicincang untuk dimakan secara berjemaah siap perah limau lagi kata pak cik tu. Tujuan makan jantung dan hati untuk menambah kekebalan. Kepala pesalah pulak akan dibuang ke puncak gunung dan badan akan dibuang ke dalam tasik sebab tak nak bagi kepala dan badan bercantum dan takut orang tu boleh hidup balik.
Itu la kisahnya orang Batak makan orang. Lepas penerangan kat sini pak cik tu pesan nak keluar kena ikut pintu belakang, tak boleh keluar pintu depan. Aku dah boleh agak trik dia nih, sepanjang jalan nak keluar tu aku tahan je la telinga... Pak beli ini pak, beli ini pak, murah aja pak, beli la pak... Sampai aku pun naik pening kepala.
Lepas tu aku beredar pergi ke Tomok. Kat sana lagi la serabut aku tengok, banyak kedai jual survenir, lansung aku tak singgah. Masa kat Tomok aku tengok ada makam raja, aku hajat nak pergi tengok apa yang best kat sana.
Signboard
Pemandangan di Tomok
Makam raja yang aku cakap tadi
Tak ada apa pun kat sini, hanyalah makam raja, aku masuk kejap tak sampai 5 minit terus aku cabut. Sebelum cabut tu kena bagi derma paksa, adui derma mana boleh paksa orang.
On the way balik skuter aku pancit... Jemmm la kau kat dalam hutan, aku tanya orang kat situ mana tambal ban, slow-slow aku bawak pergi pam angin. Kena la Rp1,000 balik hotel aku pergi Rumah Makan menghadap teh 3 gelas dengan sebotol air mineral. Aku rasa macam nak demam, mungkin sebab kurang minum air
Kat Indonesia tak de nye panggil teh o. Teh manis ye... Rp 1,000 satu gelas
Malam aku makan kat sini jugak sambil borak-borak dengan taukeh kedai. Katanya dia orang Jawa datang sini berniaga. Malam tu aku makan banyak tambah-tambah lagi, esok aku bakal meninggalkan Pulau Samosir. Balik Tabo, terus tidur dengan nyenyak
~Bersambung~
Muhammad Saffuan Bin Jaffar