Isnin, 5 September 2011

Aku Bagi Telinga Gajah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

     Apa yang kawan-kawan buat hari ni? Mungkin ada yang dah balik U, atau masih lagi bluur atau tak percaya yang cuti dah nak habis. Hari ini, 5 September aku sekali lagi ke sekolah cari pengalaman dan aku diwajibkan untuk cari pengalaman di sekolah. SBE atau School Based Experience atau bahasa Melayu "Pengalaman Berasaskan Sekolah"

Tak mau cerita apa yang aku wajib buat, tapi nak cerita yang sunat saja. Hari ni aku semak buku latihan murid tahun 5 pendidikan sivik dan tahun 4 bahasa Melayu. Hahahaha "gelak besaq" dulu cikgu semak buku kita, sekarang turn aku pulak! Banyak yang tak siap kerja, cikgu bagi TELINGA GAJAH = tanda soal

Duk semak buku sambil urut dada, hahaha....


Cikgu pakai kain pelikat Kalau Cikgu marah tu tanda sayang, tapi budak-budak tak faham atau cikgu marah tak kena gaya.

    Bila duk semak kerja budak-budak ni, membuat aku teringat kat cikgu-cikgu yang mengajar dulu, depa marah, conteng buku kita bukan sebab depa atau mereka benci kat kita, depa sayang kat kita, la ni baru aku tau erti kasih sayang dan kesabaran seorang guru. Cewah!!!

Muhammad Saffuan Bin Jaffar

1 ulasan:

  1. yup.. 'guru ibarat lilin membakar diri menerangi kehidupan..' *ayat famous kad ucapan slamat hari guru..

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...