Jumaat, 9 September 2011

Sembang Cicak di Dinding : Cukai Kad Prabayar 6%

Ramai yang kecoh setiap kali nak top up kena cukai 6%. Jom tengok cikgu Ali (nama tiada kaitan dengan mana-mana individu) buat pengiraan. RM15 Juta! Itu hanya anggaran, rakyat Malaysia + Myanmar + Nepal, Bangladesh dan Vietnam pun sebulan berapa kali depa top up. Mesti lebih RM15 Juta!







 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Isnin, 5 September 2011

Aku Bagi Telinga Gajah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

     Apa yang kawan-kawan buat hari ni? Mungkin ada yang dah balik U, atau masih lagi bluur atau tak percaya yang cuti dah nak habis. Hari ini, 5 September aku sekali lagi ke sekolah cari pengalaman dan aku diwajibkan untuk cari pengalaman di sekolah. SBE atau School Based Experience atau bahasa Melayu "Pengalaman Berasaskan Sekolah"

Tak mau cerita apa yang aku wajib buat, tapi nak cerita yang sunat saja. Hari ni aku semak buku latihan murid tahun 5 pendidikan sivik dan tahun 4 bahasa Melayu. Hahahaha "gelak besaq" dulu cikgu semak buku kita, sekarang turn aku pulak! Banyak yang tak siap kerja, cikgu bagi TELINGA GAJAH = tanda soal

Duk semak buku sambil urut dada, hahaha....


Cikgu pakai kain pelikat Kalau Cikgu marah tu tanda sayang, tapi budak-budak tak faham atau cikgu marah tak kena gaya.

    Bila duk semak kerja budak-budak ni, membuat aku teringat kat cikgu-cikgu yang mengajar dulu, depa marah, conteng buku kita bukan sebab depa atau mereka benci kat kita, depa sayang kat kita, la ni baru aku tau erti kasih sayang dan kesabaran seorang guru. Cewah!!!

Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Cerita AKU DI KLINIK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

             Hari ini hari terakhir untuk aku cuti raya, hmmm.... Semalam aku pergi klinik sebab sesak nafas, hari ni aku pergi klinik balik untuk buat blood test. Doktor bagi tau, blood test ni untuk Tiroid, sebab aku disyaki ada tiroid. Doktor ada tanya beberapa soalan kat aku, semuanya berkaitan dengan simptom penyakit tu "semestinya"

1. Kamu makan banyak tak? Yup, aku memang makan banyak, susah nak kawal, dalam setahun berat badan aku naik mendadak dari 56kg kepada 71 kg

Tambah pulak sekarang ni baru lepas raya. Bila dah makan banyak semestinya berat badan naik, tak kan turun pulak dah makan berkati-kati, naik pun berkati-kati la...
Tension!

2. Soalan kedua "Kamu cepat rasa letih tak?" Ya, aku jalan sikit pun dah letih sangat-sangat, kadang-kadang aku terpaksa jalan perlahan-lahan. Pernah dulu kelas aku sepatutnya di tempat biasa ditukar kat tempat lain, jauh beribu batu :P, terpaksa jalan perlahan-lahan, sampai kelas lambat, nasib baik lecturer tak marah.

3. Lepas tu doktor tanya, "ada tangan ketar-ketar tak?" ya, baru beberapa hari lepas, aku tengah sembang dengan mak aku, tiba-tiba tangan aku terketar-ketar.

4. Yang ni doktor tak tanya, dan ini la sebab aku ke klinik, sesak nafas dengan tiba-tiba, tambah pulak "heart beat" pulak laju, 180/min. Selalu jugak aku jadi macam ni.
5. Soalan last doktor tanya " kamu cepat panas hati?" Pada mulanya aku blurrr bila dapat soalan ni. Aku ingatkan rasa panas kat hati macam sate kena panggang, rupanya "Panas Hati" ni cepat marah-marah. Ya sejak kebelakangan ni cepat aku naik angin, aku cuba kawal marah aku, tapi tak tahu nak cakap macam mana. Kadang-kadang ada saja benda yang orang buat bagi kita marah.



Apa-apa pun kita kena terima segala ujian dengan hati yang terbuka. Macam macam orang cakap kat aku "taik penyakit la" kaki ponteng la, pemalas la. Semuanya aku terima dengan anggap semua ni adalah ujian. Dan sentiasa doa supaya aku terus sihat dan kalau Allah nak bagi sakit jugak, aku terima sebagai penyuci dosa-dosa. Ingat kesihatan pun kena jaga :). Harap, kawan-kawan doakan saya

Senyum-senyum selalu


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Ahad, 4 September 2011

Cerita Aku SAKIT Hari Ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

          Cuti raya pun dah nak habih, harap kawan-kawan semua sihat. Ni nak cerita pasai aku la pulak, aku pi klinik tadi, sebab tiba-tiba tadi aku penat, susah nak bernafas. Dada macam kena hempap 10kg punya bata.
























Doktor bagi ubat, 5 bijik RM25.00, ubat haluih-haluih (kecil). "Satu hari satu biji" bila makan ubat,badan rasa lemah macam terbang-terbang di awangan , zupp lepas makan tu, terus ubat tidur la...

Kalau jenis ubat mengantuk, memang tak boleh tahan. La ni duk mai sakit kepala la pulak. Nyut nyut, rasa macam ada menatang (binatang) duk gigit.

Hmm... Apa-apa pun bila time kita sakit, tak ada tempat yang kita ingat melainkan Allah. Dan insan yang paling hampir dengan kita bila kita sering kesusahan adalah ibu bapa. Depa la orang pertama yang akan risau pasai kesihatan kita dan depa la yang bawak kita pi klinik, waktu tu kita akan hargai insan mulia yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Kena beli ubat, mahai-mahai pun tak pa, janji anak sihat. Ingat la, aku pesan kat diri aku dan sapa-sapa saja,Sentiasa doa kat depa (mak ayah) bukan mak werrr (marka/girlfriend"s").

Esok aku kena pi buat blood test, doakan aku supaya sihat. Assalamualaikum




Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Jumaat, 2 September 2011

Sponge Bob Raya di Malaysia (2)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

SAMBUNGAN (Bahagian 1 di Sini).... Esok tu ramai mai rumah aku, tengok Sponge Bob pakai baju warna pink. Dulu tengok dalam tv, sekarang tengok depan mata.


Macam biasa, aku bawak dia pi beraya kat rumah orang, biaq dia dapat rasa suasana hari raya. Seronok Sponge Bob dapat duit raya.

Lepas tu aku bawak dia pi makan, biasa la, nak makan pedas-pedas tak boleh. Tapi Sponge Bob suka ayam panggang daripada rendang. Kami ajaq dia makan guna tangan.

Malam tu, dia seronok kira duit raya. Ubat nyamuk kena pasang, kalau tak Sponge Bob kena getik nyamuk.

Malam tu dia lena puas-puas, keletihan beraya di Malaysia.

Masa beraya di Malaysia dah di penghujung, tiba masa nak balik ke dalam laut di U.S. Perasaan Sedih dan gembira bercampur, Selamat Tinggai Malaysia! Jumpa lagi...







 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Sponge Bob Raya di Malaysia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

             Kawan-kawan nak tau tak tahun ni Sponge Bob raya kat Malaysia. Aku bawak dia mai raya kat Malaysia, raya kat U.S memang tak best, tawaq rasa raya. Mula-mula aku ambik Sponge Bob kat Airport, dia nampak sangat suka.

Petang tu last posa, kami tak confirm lagi. Aku dan keluarga aku duk depan TV, dia pun mai skali. Suasana jadi diam sesaat, lepas tu semua orang menjerit "yea raya!" Sponge Bob blur, sebab dia faham BI ja. "Pighirah"

Malam tu kami bakaq lemang. Lawak la tengok Sponge Bob bakaq lemang, bersemangat dia hembuih api nak bagi idup, tu la duk dalam ayaq, bukannya tau apa.

Lepas tu, kami mai bunga api sama-sama, budak kampung gelak kat Sponge Bob, sebab "perak" tak pernah tengok bunga api.

Sponge Bob main sungguh, sampai dia pun letih, masuk bilik teruih dia lena, kesian... Anak rantau la katakan...

Esok tu, Sponge Bob bangun awai. Kami semua duk bersiap kat dia, maklumlah tetamu istimewa. Kami bagi pakai baju Melayu, kaler pink lagi...
 Hmm... Nampaknya Sponge Bob suka baju Melayu warna Pink, kami saja nak pekena dia, bagi sama dengan Sang Sotong. BERSAMBUNG lagi kisah Sponge Bob Raya di Malaysia





 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...