Sesekali aku merenung diriku
dihadapan cermin berbingkai merah
terlihat diriku semasa kecil
penuh dengan semangat dan cita-cita
Aku merenung lagi dalam-dalam
bayangan zaman dahulu kian pudar
yang mendatang adalah masa depan
penuh dengan tanda tanya
Kenapa aku kini berat melangkah
sedangkan aku jauh ketinggalan
setiap kali datang harapan
aku seolah-oleh mensia-siakannya
Bayangan di dalam cermin
mentertawakan perangai aku
berdiri tercegat seperti orang bodoh
masih lagi berdiri mengenangkan masa lampau
Kaki ini mahu melangkah
jiwa ini belum lagi mengalah
Cuma aku yang menyekat
segala kehendak dan harapan
Ya Allah sesungguhnya,
aku tidak tahu apa dihadapanku
aku tidak tahu segala-galanya
bimbinglah aku dari igauan masa lalu
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tolong letak nama, ok??