Rabu, 24 Februari 2010

Cambridge A Centre Of Learning For 700 Years




Cambridge A Centre Of Learning For 700 Years



Sudah lama saya tidak menulis artikel, dan kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan mengenai bandar Cambridge. Bandar ini sudah pun mendenyutkan nadinya sejak 1000 tahun lampau, sebelum ianya menjadi sebuah bandar ilmu. Sejarah penubuhan bandar ini bermula apabila orang-orang Roman membina khemah-khemah mereka di atas sebuah bukit berhampiran dengan Sungai Cam (River Cam), dan pada ketika itu Cambridge dikenali sebagai Granta. 

 Pada kurun ke-5 ianya bertukar menjadi bandar orang-orang Saxon (iaitu orang yang berbangsa Jerman yang menduduki Britain pada kurun kelima). Pada kurun ke-9 ianya berubah menjadi markas tentera orang-orang Denmark dan pada kurun ke-11 ianya bertukar tangan kepada orang-orang Norway dan mereka menjadikannya sebagai kubu tentera. Sehinggalah kurun ke-13 Bandar tersebut berubah menjadi pusat pendidikan sehinggalah hari ini.



Jika anda menyusuri sepanjang Sungai Cam, terdapat banyak jambatan-jambatan pendek yang dibina merentasi sungai tersebut, dan setiap jambatan mempunyai kisah-kisahnya yang tersendiri. Mungkin kerana banyaknya jambatan-jambatan yang dibina sepanjang Sungai Cam, maka nama yang pada asalnya Granta berubah menjadi Cam-Bridge.



Saya dan rakan-rakan memulakan perjalanan dari Stesen Keretapi Cambridge Darul Jambatan, dan apa yang menariknya di Cambridge, saya lihat begitu banyak basikal di stesen keretapi, mungkin di situ sahaja, namun sangkaan saya meleset sama sekali apabilah saya menjelajah Bandar Cambridge, di merata-rata tempat anda boleh nampak basikal

Basikal di merata-rata tempat

(*)

St Chaterine College

Perjalanan kami pada hari tersebut, adalah untuk melawat sebanyak mungkin kolej-kolej di Cambridge, dan untuk pengetahuan rakan sekalian, kolej yang saya maksudkan di atas merujuk kepada "Kediaman Pelajar". Terdapat 34 Kolej di University Cambridge, kolej tertua ialah Peterhouse College dibina pada tahun 1284 dan kolej terbaru ialah Robinson College dibina pada tahun 1974. Untuk pengtahuan rakan sekalian, perdana menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman al-Haj merupakan bekas pelajar Universiti Cambridge, beliau menerima biasiswa pendidikan Negeri Kedah untuk meneruskan pengajian di sini. Kolej (Kediaman) belia ialah St Chaterine College, tetapi belia tidak dibenrakan untuk tinggal di kolej tersebut atas dasar perbezaan warna kulit yang masih diamalkan. Beliau ialah tamat pengajian di sini pada tahun 1925. 

Bangunan Kolej St Chaterine
 

Dihadapan bangunan Kolej St Charerine yang dibina pada tahun 1473

Bridge At Cambridge
  Cambridge Darul Jambatan

Cambridge, "Sungai Cam dan sepanjang sungai ada banyak jambatan" itulah gambaran yang saya cipta, dan saya belum pasti adakah terdapat banyak jambatan di Cambridge. Pada petang yang sejuk saya dan rakan-rakan meluangkan masa untuk menyusuri Sungai Cam (River Cam), tujuan kami untuk melihat Cambridge dari sudut yang berbeza, sambil mengira berapa banyak jambatan yang merentasi Sungai Cam. Ternyata terdapat banyak jambatan di Sungai Cam, yang kami sempat kira ada sembilan, mengikut sumber-sumber dari internet terdapat 16 buah jambatan yang merentasi sungai yang penuh bersejarah ini. Untuk pengetahuan anda, setiap jambatan mempunyai kisah tersendiri.

Jambatan merentasi Sungai Cam


Dua jambatan yang merentasi Sungai Cam, yang paling hadapan Merupakan Jambatan Matematik, jambatan ini dibina mematuhi prinsipal matematik tanpa menggunakan sebatang paku, namun sekumpulan pelajar yang mabuk telah merongkah jambatan tersebut dan mereka tidak berjaya memasangnya semula.


Lagi jambatan yang merentasi sungai, dan dua orang pengemudi. Sepanjang anda menyusuri sungai ini anda akan disajiikan dengan cerita yang menarik mengenai sejarah jambatan-jambatan, kolej-kolej di sepanjang Sungai Cam. Bagi anda yang berpeluang Ke Cambridge, saya sarankan anda untuk ke sini.

Isnin, 8 Februari 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...