Selasa, 20 Disember 2011

CQ... CQ...Gapo dio Radio Amatur?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


                     CQ... CQ... Di sini Nine Wiskey Two Sierra Foxtrox Juliet portable Padang Besar Over. 


[Selang beberapa saat] 


Nine Wiskey Two Sierra Foxtrox Juliet disamping rakan monitor Nine Wiskey Two Papa X-Ray Juliet kembali di jaluran.... QTH, 9W2SFJ,9W2PXJ over!! 


9W2PXJ,9W2SFJ returning. QTH Lampur tukar ganti menghampiri border, over.




Mungkin pembukaan cerita agak aneh dan pelik. Apa la dia ni duk merapu tak ketahuan hala tengah-tengah malam ni. Ni nak habaq mai kat hampa yang belum tau lagi, ini adalah salah satu perbualan yang digunakan oleh ahli-ahli radio amatur. Heran bin pelik, sungguh aneh cara mereka berbual ya memanda menteri! Hahaha. Jom teruskan lagi untuk tahu apa itu radio amatur.


Apa itu radio Amatur?



Pernah melihat kereta berantena tinggi? Atau menggunakan walkie talkie (ala yang macam polis tu) ketika berkereta? Jika ada mereka itu mungkin ahli radio amatur


Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu. [lagi]


Nak buat apa dengan radio amatur ni? Best tak? Jawapan bergantung kepada minat anda. Banyak faedah radio amatur ni disamping gemar berbual-bual tanpa sebarang kos atau menggunakan saluran lain selain Facebook untuk mencari kawan, radio amatur lebih daripada itu.


Bencana banjir, Highland Tower runtuh, bencana tsunami, gempa bumi, semua memerlukan komunikasi radio kerana perhubungan mudah alih telefon bimbit lumpuh,  ahli-ahli radio turut menyumbang kepakaran kepada Penyelamat. Jika anda berada di kampung-kampung pendalaman, fuhh radio amatur ni salah satu jalan untuk berkomunikasi selain menggunakan handphone. Jika anda sebagai ahli banyak yang anda dapat sumbangkan! Selain itu anda dapat berhubung dengan angkasawan



Artikel ini mungkin terlalu ringkas dan anda mungkin banyak tertanya-tanya tentang radio amatur. Saya sempat berjumpa dengan rakan radio amatur dan beliau menyampaikan hasrat untuk menarik lebih ramai golongan muda untuk menyertai radio amatur, mungkin sebagai pelapis pada masa hadapan. Jika berminat boleh inbox, hehehe... Kalau nak tahu cikgu-cikgu la paling ramai yang ambik lesen [lagi]

Bagaimana saya boleh menjadi ahli radio amatur?

-Bertemu rakan radio amatur
-Mendaftar sebagai ahli SWL (bagi individu belum berlesen)
-Menduduki ujian RAE ( Peperiksaan Radio Amatur) 100 Soalan (Undang-undang komunikasi dan Teori elektrik elektonik) Jangan letak dalam kepala benda ni susah, pak cik yang tak pernah belajar sains pun lulus. Usia seawal 15 tahun pun ada yang lulus!
-Lulus Ujian
-Buat lesen
-beli peralatan harga serendah RM300
-Boleh menggunakan peralatan dan berhubung di radio!



Apa yang penting minat itu timbul dari anda sendiri. Jika berminat boleh inbox saya (NI BUKAN MLM TAU ) HEHEHE




 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Jumaat, 16 Disember 2011

Lawatan Sambil Belajar ke Thailand :P

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

           Blog aku ni dah ditumbuhi lalang, dan pokok-pokok renek akibat lama ditinggalkan, labah-labah pun tak sanggup nak buat sawang di blog aku nih. Berbulan-bulan ditinggalkan tanpa sebarang cerita, jahat punya tuan blog. Apa boleh buat, aku sibuk dengan hal yang macam-macam.

           Dalam 2 minggu lepas aku balik ke Perlis, pertama sekali aku cari passport aku, sebab aku dah rasa macam hilang waktu aku pindah di Penang. Sampai di rumah aku kat Perlis, passport yang aku cari dahulu. Habis semua kotak-kotak yang tersimpan aku punggah berselerak, malangnya, passport ditemui, tapi nak kena kemas balik, itu yang paling malang :P

           Agak lama aku mengemas rumah di Perlis, sebab lama ditinggalkan (lebih lama kena tinggal kalau nak banding dengan blog aku nih ). Kini masa untuk bersiar-siar, satu perlis aku dah pusing, tiba-tiba aku memandu dan terus memandu (selepas solat jumaat) ke utara sehingga sampai ke Thailand.  Kali terakhir aku ke sana tahun 2002, masih sekolah menengah lagi. Jalan kat sana aku masih ingat, sebab tu aku tak risau nak masuk dan berbekalkan passport aku masuk ke imigresen.


        Aku ke Thailand pun untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang timbul bila aku baca beberapa artikel di dalam blog. Macam-macam cerita aku baca, dan aku pun lama tak ke sana. Di antaranya,

"Kena selit RM1.00 dalam passport untuk pegawai Imigresen Thailand"
"Bayar RM1.00 untuk memudahkan proses masuk ke Thailand"

          Alhamdulillah aku dapat jawapannya, hehehe. RM1.00 tu memang kena bayar, itu pun untuk tulis satu borang yang perlu kita isi sebelum ke pos imigresen. Antara nak bayar atau tidak itu atas kita. Semasa aku ke pos imigresen, aku tak masukkan RM1.00 seperti yang disarankan dalam artikel blog dan pegawai imigresen tak mintak pun RM1.00 dan aku memasuki Thailand dengan mudah, alhamdulillah. Bayangkan kalau kita pi bubuh RM1.00, kena tuduh merasuah lagi dahsyat!

    Untuk ke Hatyai insurans kereta diperlukan beserta salinan geran kereta. Jika memandu kereta orang lain, satu surat yang ditandatangan oleh pemilik kenderaan perlu disediakan dalam bahasa Inggeris. Aku pun memasuki negara gajah putih tu. Dari rumah yang aku menetap, tak la jauh dari sempadan Malaysia-Thailand dan rumah aku pun di hadapan laluan utama ke negara gajah putih. :)))

               


Hehe, banyak dah berubah! Last aku ke sana tahun 2002 

Wayar beserabut ni sangat sinonim, kadang tu boleh dengan bunyi karan 

Tempah nombor pendaftran kereta dan motor. Jenuh aku nak cakap 

Kalau buat di Kangar Mahal, tapi dah ke Thailand buat di sana senang dan murah, dia ada mesin nak potong 

      Ke sana tak buat apa pun, jalan-jalan jumpa kawan lama. So boleh dapat kot apa yang aku nak ceritakan, Lawatan Sambil belajar ke Thailand, tambah2 lagi di sempadan imigresen jangan duk pandai-pandai hulur duit.


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...