Selasa, 17 Mac 2015

Worksheetworks.com Bantu Guru Matematik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ada sedikit benda yang ingin saya kongsikan bersama-sama ibu bapa dan juga guru-guru. Saya mengajar seorang murid tahun 3 yang mempunyai masalah untuk belajar penambahan. Saya bagi banyak latihan banyak yang dia tak boleh jawab, terutamanya penambahan yang melibatkan pengumpulan semula. Ada rakan guru yang mencadangkan saya supaya berikan murid tersebut latihan menambah yang melibatkan satu digit dengan satu digit sehingga dia mahir. Setelah dia mahir barulah ditambah dengan nombor 2 digit dan seterusnya. Saya mencari latihan tersebut di laman-laman web, tapi tak jumpa sehinggalah saya terjumpa laman web Worksheetworks.com. Laman web tersebut banyak membantu saya. Laman web Worksheetworks.com merupakan laman web yang membolehkan kita menjana soalan latihan mengikut aras serta tahap. Subjek yang ditawarkan dalam laman web ini antaranya geografi, bahasa Inggeris dan matematik.

Kelebihan Worksheetworks.com :

1. Banyak merangkumi topik-topik dalam matematik seperti tambah, tolah, darab, bahagi, pecahan, perpuluhan dan banyak lagi.

2. Kita boleh "generate" soalan mengikut aras serta peringkat.

3. Soalan boleh di"generate" bertukar-tukar nombor, sesuai untuk latih tubi (1-55 soalan)

4. Boleh download dalam bentuk PDF dan Print.

Jom tengok laman web Worksheetworks.com

 Paparan laman web Worksheets.com

Topik-topik yang ada, kebanyakan sesuai untuk murid sekolah rendah. 

Multi Digit Operations - Ada pilihan topik tambah, tolak, darab dan bahagi.

Option topik penambahan dan pelbagai jenis penambahan antaranya penambahan nombor 2 digit dengan 1 digit. Anda boleh pilih sesuai dengan pdp. 

Setting soalan mengikut kemahuan anda, boleh disesuaikan dengan pdp 

setting pada soalan penambahan, boleh diubah-ubah 

Selepas setting soalan tersebut akan dihasilkan dalam bentuk PDF, boleh dimuat turun. 

Soalan mengikut setting yang dibuat. Sedia untuk di cetak. Boleh la cuba-cuba tengok laman web Worksheetwork.com Semoga bermanfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...